Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Molavi Qolam Farouqi dalam wawancara bersama Agensi Berita Taghribnews berkata, "Pepaduan merupakan faktor yang penting buat umat Islam untuk berdiri menghadapi kerajaan yang zalim.Apabila ditanya tentang keutamaan perpaduan dan jalan untuk mencapainya, beliau berkata, "Perpaduan merupakan perintah agama dan sudah menjadi tanggungjawap umat Islam untuk mematuhinya. Penyesuaian dan pendekaran merupakan isu-isu sebenar dan umat Islam hendaklah melakukan yang terbaik untuk meningkatkan isu tersebut di dalam masyarakat."Salah satu penyelesaian yang praktikal untuk meningkatkan perpaduan ialah menyediakan keadilan untuk seluruh lapisan masyarakat. Oleh itu untuk meningkatkan perpaduan, umat Islam hendaklah menghormati hak-hak orang lain, menahan diri dari mencerca dan penghinaan terhadap sebarang konsep suci."Mengenai faktor-faktor yang medalamkan jurang perbezaan di kalangan umat, beliau berkata, "Perbuatan menghindarkan diri dari al-Quran, kekurangan pengetahuan tentang al-Quran serta peraturan Islam merupakan faktor penting di sebalik pertelingkahan umat Islam. Allah menyeru umat Islam untuk mengambil kitab suci al-Quran dan mematuhi ajarannya. Sekiranya mereka mematuhi al-Quran sebagai peraturan di dalam hidup mereka, maka pihak musuh tidak mampu memecahbelahkan mereka."Beliau turut mengulas tentang sebab yang terpendam di dalam konflik berdarah yang melanda Pakistan, Syria dan Bahrain dengan menyatakan, "Matlamat musuh adalah jelas buat semua bangsa. Negara-negara Islam mempunyai aset yang beharga iaitu kira-kira 80 peratus untuk negara Eropah. Jadi, untuk memperolehi aset-aset ini, pihak musuh cuba meningkatkan perpecahan di kalangan umat Islam."