Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Khas Makam As-Syahid Zaid bin Ali Zainal Abidin menyambut kedatangan Dr. Muhammad Tijani As-Samawi ke kompleks permakaman yang terletak di Wilayah Babylon pada 25 Januari lalu.Setelah pemikir dan penyelidik Syiah ini melakukan ziarah, beliau bersiar-siar melihat kemajuan permakaman itu sambil menyatakan kekaguman terhadap tahap perkhidmatan yang disediakan untuk pengunjung. Di akhir lawatan beliau mendoakan keberkatan atas usaha pihak pentadbiran yang menjaga makam tersebut.Zaid bin Ali Zainul Abidin adalah cucu Imam Husain (a.s) dikatakan lahir pada tahun 75 atau 78 Hijrah.




...............
انتهی/212