7 April 2013 - 19:30

Media Arab melaporkan seorang pelajar dan pemandu kenderaan cedera dalam usaha pihak berkuasa Bahrain membubarkan demonstrasi aman. Sementara itu terdapat laporan salah seorang yang cedera terputus telinga akibat terkena tembakan peluru kacang-kacang di kepala.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang pelajar bernama Husain Kazim Abdullah 16 tahun dan pemandu kenderaan Husain Ahmad al-Hilal 36 tahun antara mereka yang dilaporkan tercedera ketika pasukan keselamatan regim Al Khalifah membubarkan demonstrasi aman pada hari Sabtu lepas.

Media Arab melaporkan pelajar tersebut jatuh pengsan setelah terhidu gas beracun yang mengenai kepalanya. Pasukan polis turut menghalang mangsa dari dipindahkan ke pusat rawatan, namun saudara lelakinya dapat membawa keluar mangsa setelah pihak polis berundur dari tempat kejadian.

Menurut laporan al-Wefaq, seorang pemandu kenderaan berusia 36 tahun mengalami kederaan serius setelah ditembak dengan peluru kacang-kacang di bahagian kiri kepalanya. Laporan turut menyebut bahawa telinga terputus akibat tembakan tersebut.

Laman web al-Wefaq menambah Husain Ahmad al-Hilal dikejarkan ke wad pembedahan hospital Salmaniyah dan pasukan perubatan mengesyaki terdapat serpihan peluru berhampiran otak beliau.

Hospital Salmaniyah juga dikatakan berada dibawah kawalan ketat polis Bahrain.