2 Mei 2013 - 19:30
Seruan jihad ke Syria hanyalah pendustaan dan pengkhianatan

Imam Masjid al-Aqsa mempertikaikan jihad di Syria sambil menegaskan bahawa jihad di Palestin lebih utama

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syeikh Salahuddin bin Ibrahim berkata, fatwa dan seruan jihad di Syria yang kononnya dikeluarkan oleh beberapa orang ulama hanyalah pembohongan semata-mata. Beliau yang merupakan salah seorang imam masjid al-Aqsa menegaskan bahawa jihad tidak terjadi di kalangan penganut agama yang satu. Selain itu Syeikh Salahuddin mempertikaikan kenapa Damsyik diistiharkan sebagai pintu ke syurga sedangkan tidak seorangpun daripada mereka yang menyeru jihad di negara jirannya seperti Palestin, Gaza dan Baitul Maqdis yang sudah lama dijajah Israel.Menurut beliau lagi, sekiranya benar demikian (jihad di Syria), sudah tentu jihad di Palestin lebih utama. "Baitul Maqdis sudah lama dikenal sejak 60 tahun yang silam. Di manakah mereka? Kenapa mereka tidak mengerahkan askar sebagaimana yang mereka lakukan di Syria?".Tambah beliau, kumpulan yang memerangi Syria atas nama agama itu terlalu jauh menyimpang dari kebenaran kerana setiap yang datang itu dahagakan pertumpahan darah serta mengangkat panji-panji dengan darah saudaranya. Ini menjadikan mereka sebagai pengkhianat dan pembohong."Umat ini mempunyai agama yang satu, dan mempunyai kitab serta nabi yang satu. Barangsiapa yang mencerai beraikan mereka, atau mengangkat senjata ke atasnya, maka dia bukanlah daripada golongan mereka," tutur beliau.Imam Masjid al-Aqsa ini membaca sepotong hadis:لا ترجعوا بعدي كفارا يضرب بعضكم رقاب بعض"Jangan kalian kembali kafir setelah kewafatanku, sebahagian kalian memenggal leher sebahagian yang lain."Syeikh Salahuddin turut berdoa agar keamanan dan keselamatan dapat dikembalikan di Syria.