Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Penduduk kota Khan Yunus, selatan Gaza menganjurkan perarakan untuk mengecam serangan regim Zionis ke atas Syria.Peserta demonstasi anjuran Barisan Popular Pembebasan Palestin ini kelihatan mengibarkan bendera Syria dan mengangkar poster Setiausaha Agung Hizbullah, Hasan Nasrullah.Sambil melaungkan slogan anti regim Israel, mereka juga mengkritik dasar Liga Arab terhadap krisis Syria sambil meminta umat Islam bersatu menghadapi konspirasi Zionis. Mereka turut mengangkat gambar Syeikh Yusuf al-Qardhawi yang ditanda pangkah dengan persoalan: "Kenapa kamu tidak keluarkan fatwa jihad di Palestin dan Baitul Maqdis?"Para penunjuk perasaan menganggap serangan Israel baru-baru ini sebagai tanda bahawa negara-negara Arab telah mengundang kuasa besar Amerika untuk campur tangan dalam krisis Syria. Mereka menegaskan, "Operasi ketenteraan tersebut tidak akan membuahkan hasil sedangkan negara dan rakyat Syria terus hidup tanpa sebarang kekalahan."Mereka juga turut mendesak askar Syria menjawab serangan Zionis dengan pembalasan ke atas Tel Aviv.










