syubhat:Ibnu Abi Darim adalah salah seorang perawi hadis yang mana Allamah Shamsuddin al-Zahabi menuduhnya sebagai seorang Rafidhi pendusta dan seluruh hidupnya mempunyai akidah yang utuh melainkan di penghujung riwayat hidupnya di mana perawi ini mula mengaibkan khalifah Abu Bakar dan Umar selain mengatakan mereka berdua sebagai pemerintah yang zalim. Dengan ini Zahabi tidak mengakui perawi hadis ini sebagai hujjah.Kritikan dan penelitianAsal usul hadis:Allamah Shamsuddin al-Zahabi mencatatkan sepotong hadis daripada perawi ini dalam Siyar Aʽlam al-Nubala dan Mizan al-Iʽtidal, begitu juga Hafiz ibnu Hajar al-ʽAsqalani di dalam Lisan al-Mizan seperti berikut:إنّ عمر رفس فاطمة حتّى أسقطت بمحسن.Sesungguhnya Umar menendang Fathimah sehingga keguguran janin yang bernama Muhsin.Rujukan:- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Uthman, (meninggal dunia tahun 748 Hijrah), kitab Mizan al-Iʽtidal fi Naqd al-Rijal, jilid 1 muka surat 283, tahqiq Ali Muhammad Muʽawwadh dan Syeikh ʽAdil Ahmad Abdul Maujud, penerbit Darul Kutub al-ʽIlmiyah - Beirut, cetakan pertama, 1995.- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Uthman, (meningal tahun 748 Hijrah), kitab Siyar Aʽlam al-Nubala, jilid 15, muka surat 578, tahqiq, Shuʽaib al-Arnaʼuth, Muhammad Naʼim al-ʽArqasusi, penerbit: Mu’asasah al-Risalah - Beirut, cetakan kesembilan, 1413 Hijrah.- Al-ʽAsqalani al-Shafiʽi, Ahmad bin Ali bin Hajar Abul Fadhl (meninggal dunia tahun 852 Hijrah), Lisan al0Mizan, jilid 1 muka surat 268, tahqiq Dairah al-Muʽarraf al-Nizhamiyah, al-Hind, penerbit Mu’asasah al-Aʽlamiy lil Mathbuʽi, Beirut, cetakan ketiga, 1506 Hijrah - 1986 Masihi.Oleh kerana terdapat sesuatu syubhat di dalam matan hadis ini, Zahabi dan Ibnu Hajar langsung menolak hadis ini kerana terdapat Ibnu Abi Darim di dalam sanadnya semata-mata beralasankan rafidhah. Ibnu Hajar menulis:احمد بن محمد بن السرى بن يحيى بن أبي دارم المحدث أبو بكر الكوفي الرافضي الكذاب... ثم في آخر أيامه كان أكثر ما يقرأ عليه المثالب حضرته ورجل يقرأ عليه ان عمر رفس فاطمة حتى أسقطت بمحسن.Ahmad bin Muhammad al-Sarri bin Yahyah bin Abi Darim Abu Bakar al-Kufi al-Rafidhi al-Kazzab… kemudian di penghujung hari-hari riwayat hidupnya, banyak khabar tentang keburukan disampaikan kepadanya, dan terdapat lelaki yang menyampaikannya bahawa Umar menendang Fathimah sehingga keguguran janin yang bernama Muhsin.Dengan penyelidikan yang rapi terhadap peribadi Ibnu Abi Darim, kita akan sampai kepada hakikat kemuktabaran, dan ketsiqahan selama beliau hidup di sisi Ahlusunnah Wal Jamaʽah. Sedangkan pendhaifan beliau hanyalah semata-mata kerana meriwayatkan hadis ini manakala kritikan lain untuk menolak beliau tidak dapat dilihat di mana-mana pun. Ini disebabkan para ulama Ahlusunnah Wal Jamaʽah mengakui bahawa sepanjang sejarah hidupnya, beliau merupakan seorang yang kuat berpegang dengan akidah Ahlusunnah Wal Jamaʽah selain menjadi seorang tokoh, hafiz dan cendiakawan mereka. Disebabkan kebenaran sejarah, para ulama Ahlusunnah Wal Jamaʽah bertindak keras mendhaifkannya.Dalam masa yang sama, Shamsuddin al-Zahabi sempat memperkenalkan beliau sebagai Imam, al-Hafiz dan al-Fadhil di dalam kitab Siyar Aʽlam al-Nubala:ابن أبي دارم. الامام الحافظ الفاضل، أبو بكر أحمد بن محمد السري بن يحيى بن السري بن أبي دارم....Ibnu Abi Darim, al-Imam, al-hafiz, al-fadhil, Abu Bakar Ahmad bin Muhammad al-Sarri bin Yahya, bin al-Sarri bin Abi Darim…Zahabi melanjutkan dengan menulis:كان موصوفا بالحفظ والمعرفة إلا أنه يترفض.Ibnu Abi Darim disifatkan dengan hafalan dan makrifat, melainkan beliau menjadi rafidhah.Zahabi juga menulis:وقال محمد بن حماد الحافظ، كان مستقيم الامر عامة دهره.Muhammad bin Hammad al-Hafiz berkata beliau adalah seorang yang teguh dalam akidah mazhabnya, di zaman hidupnya.Rujukan- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Ahmad bin Uthman, (meninggal dunia tahun 748 Hijrah), Siyar Aʽlam al-Nubala, jilid 15 muka surat 577 - 579, tahqiq: Shuʽaib al-Arnaʼuth, Muhammad Naʼim al-ʽArqasusi, penerbit mu’asasah al-Risalah - Beirut, cetakan kesembilan, 1413 Hijrah.Begitu juga di dalam sebuah hadis yang mempunyai persanadan dengan Ibnu Abi Darim, yang mana Rasulullah (s.a.w) bersabda:الحلال بين، والحرام بين، وبين ذلك مشتبهات لا يعلمها كثير من الناس. من ترك الشبهات استبرأ لدينه وعرضه، ومن وقع في الشبهات، وقع في الحرام كالراعي إلى جنب الحمى، يوشك أن يواقعه.Hukum halal dan haram sudah dikenal pasti, namun di antaranya terdapat keraguan (syubhat) yang tidak diketahui kebanyakan manusia. Barangsiapa yang meninggalkan keraguan maka dia menjaga agama dan maruahnya. Namun barangsiapa yang terjebak dalam keraguan, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan, gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya.Zahabi menukilkan hadis ini dan menulis:الحديث. متفق عليه.Hadis ini telah disepakati (penerimaannya).Rujukan:- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Uthman, (meninggal dunia tahun 748 Hijrah), Siyar Aʽlam al-Nubala, jilid 15 muka surat 577, tahqiq: Shuʽaib al-Arnaʼuth, Muhammad Naʽim al-ʽArqasusi, penerbit Mu’asasah al-Risalah, Beirut, cetakan kesembilan 1413 Hijah.Namun Zahabi tiba-tiba melakukan tindakan yang aneh apabila melanjutkan tulisan dengan mengutuk perawi ini:قلت: شيخ ضال معثر.Orang tua sesat dan tergelincir (dalam kesalahan)!Bagaimana dapat kita percaya seorang yang disebut dengan gelaran imam, hafiz, fadhil, seluruh hidupnya konsisten, mempunyai hafalan yang kuat dan mekrifat agama, hadisnya mempunyai martabat kesepakatan ulama, namun dalam masa yang sama orang ini juga dikatakan sesat dan melakukan kesilapan? Apakah definisi dan sifat seperti imam, hafiz, al-Fadhil, terkenal dengan hafalan dan makrifat dapat dihimpunkan bersama sifat “orang tua sesat dan tergelincir”?Memang benar, melampaui batas dan membela secara membuta tuli demi mempertahankan ajaran khalifah serta menjaga maruah mereka, tokoh besar seperti Zahabi sanggup bertindak memberikan dua kata yang berbeza meskipun dalam lembaran yang sama.Dengan ini kita hendaklah bertanya:Apakah rafidhah merupakan dalil tidak tsiqah?Akal dan logik yang mana membenarkan kita menyingkirkan hadis dan membatalkannya semata-mata kerana seorang rafidhi? Jika benar begini, maka Ahlusunnah Wal Jamaʽah hendaklah menolak sejumlah besar hadis sahih dari kitab enam (sahih sittah) mereka kerana para pengarangnya telah menukilkan sekian banyak hadis daripada individu rafidhah. Sebagai contoh kami lampirkan di sini bebera hadis:1. Ubaidullah bin MusaZahabi berkata tentang peribadinya sebagai berikut:قال ابن مندة كان أحمد بن حنبل يدل الناس على عبيد الله وكان معروفا بالرفض لم يدع أحدا اسمه معاوية يدخل داره.Ibnu Mandah berkata: Ahmad bin Hanbal memberi petunjuk kepada Ubaidullah iaitu beliau seorang yang terkenal sebagai rafidhah. Beliau seorang yang tidak mengizinkan sesiapapun bernama Muʽawiyah masuk ke dalam rumahnya.Rujukan:- Al-Zahabi, Shamsuddin Muhammad bin Uthman, (meninggal dunia tahun 748 Hijrah), Siyar Aʽlam al-Nubala, jilid 9 muka surat 556, tahqiq: Shuʽaib al-Arnaʼuth, Muhammad Naʽim al-ʽArqasusi, penerbit Mu’asasah al-Risalah, Beirut, cetakan kesembilan 1413 Hijah.Dalam masa yang sama Zahabi juga menulis:وحديثه في الكتب الستة.Hadisnya terdapat dalam kitab-kitab enam (hadis).Mizzi, penulis Tahzibul Kamal berkata, seluruh kitab sahih sittah telah menukilkan hadis daripada individu ini:عُبَيد الله بن موسى بن أَبي المختار، واسمه باذام العبيسي، مولاهم أبو محمد الكوفي.رَوَى عَن: إبراهيم بن إِسماعيل بن مجمع (ق)، وأسامة بن زيد الليثي (م)، واسرائيل بن يونس (خ م ت س)، وإسماعيل بن أَبي خالد (خ)....Berdasarkan tulisannya, Mizzi menceritakan bahawa ʽUbaidullah bin Musa bin Abi al-Mukhtar merupakan seorang perawi hadis daripada kitab seperti berikut: (ق) Ibnu Majah, () Sahih Muslim, (خ م ت س) al-Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Nasa’i dan (خ) Sahih al-Bukhari.Rujukan:- Al-Mizzi, Yusuf bin al-Zaki Abdul Rahman Abul Hajjaj (meninggal dunia tahun 742 Hijrah), Tahzibul Kamal, jilid 19 muka surat 164, tahqiq Dr. Bashar ʽAwwadh Maʽruf, penerbit Mu’asasah al-Risalah - Beirut, cetakan pertama 1400 Hijrah 1980 Masihi.2. Jaʽfar bin Sulaiman al-Dhubaʽi:Para ulama Ahlusunnah Wal Jamaʽah menganggap beliau sebagai rafidhah dan merupakan seorang yang sangat keras berpegang dengan ajaran Syiah. Khathib al-Baghdadi telah menukilkan daripada Yazid bin Zuraiʽ yang berkata:فان جعفر بن سليمان رافضي.Sesungguhnya Jaʽfar bin Sulaiman seorang rafidhah.Rujukan:- Al-Baghdadi, Ahmad bin Ali Abu Bakar al-Khathib (meninggal dunia tahun 463 Hijrah), tarikh Baghdad, jilid 5 muka surat 164, di bawah terjemah Ahmad bin al-Miqdam bin Sulaiman, nombor 2925, penerbit: Darul Kutub al-ʽIlmiyah - Beirut.Al-Mizzi menyatakan: Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad dan para penulis sahih sittah yang lain (iaitu Muslim, Abu Daud, Tarmizi, Nasaʼi dan Ibnu Majah) telah meriwayatkan hadis daripadanya.روى له البخاري في "الأدب"والباقون.Al-Bukhari meriwayatkannya di dalam kitab al-Adab, begitu juga penulis kitab hadis yang lain.Rujukan:- Al-Mizzi, Yusuf bin al-Zaki Abdul Rahman Abul Hajjaj (meninggal dunia tahun 742 Hijrah), Tahzibul Kamal, jilid 5 muka surat 50, tahqiq Dr. Bashar ʽAwwadh Maʽruf, penerbit Mu’asasah al-Risalah - Beirut, cetakan pertama 1400 Hijrah 1980 Masihi.3. Abdul Malik bin Aʽyan al-Kufi:Beliau juga meriwayatkan hadis dalam semua kitab sahih sittah Ahlusunnah Wal Jamaʽah. Mizzi menukilkan kata-kata Sufyan mengenainya: عن سفيان: حدثنا عبد الملك بن أعين شيعي كان عندنا رافضي صاحب رأي.Daripada Sufyan: Diceritakan kepada kami Abdul Malik bin Aʽyan merupakan seorang Syiah, di sisi kami beliau adalah rafidhah.Al-Mizzi dalam tulisannya menyatakan:حَدَّثَنَا سفيان، قال: هم ثلاثة إخوة: عبدالملك بن أعين، وزرارة بن أعين، وحمران بن أعين، روافض كلهم، أخبثهم قولا: عبدالملكSufyan menceritakan kepada kami: Mereka itu ada tiga saudara: iaitu Abdul Malik bin Aʽyan, Zararah bin Aʽyan dan Humran bin Aʽyan. Mereka semua itu adalah rafidhah dan yang lebih kotor ialah Abdul Malik.Rujukan:- Al-Mizzi, Yusuf bin al-Zaki Abdul Rahman Abul Hajjaj (meninggal dunia tahun 742 Hijrah), Tahzibul Kamal, jilid 18 muka surat 283, tahqiq Dr. Bashar ʽAwwadh Maʽruf, penerbit Mu’asasah al-Risalah - Beirut, cetakan pertama 1400 Hijrah 1980 Masihi.Betapa ramainya individu yang telah dituduh sebagai rafidhah menjadi perawi hadis kitab-kitab hadis Ahlusunnah Wal Jamaʽah sehingga beberapa orang cendiakawan Sunni mengiktirafnya dan menyatakan pandangan mereka seperti berikut ini. Khathib al-Baghdadi dalam kitab Dur al-Kifayah Fi ʽIlm al-Riwayah menulis:قال علي بن المديني: « لو تركت أهل البصرة لحال القدر، ولو تركت أهل الكوفة لذلك الرأي، يعني التشيع، خربت الكتب »Ali bin al-Madini berkata: Sekiranya engkau meninggalkan warga Bashrah kerana akidah qadariyah mereka, dan sekiranya engkau meninggalkan warga Kufah kerana pandangan tersebut (iaitu Syiah), maka engkau telah membinasakan kitab-kitab.Al-Baghdadi menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kebinasaan kitab-kitab seperti berikut:قوله: خربت الكتب، يعني لذهب الحديث.Kata-katanya: “Engkau membinasakan kitab-kitab” bermaksud hadis-hadis akan binasa.Rujukan:- Al-Baghdadi, Ahmad bin Ali Abu Bakr al-Khathib (meninggal dunia tahun 463 Hijrah), kitab al-Kifayah Fi ʽIlm al-Riwayah, jilid 1 muka surat 129, tahqiq Abu Abdillah al-Suraqi, Ibrahim Hamdi al-Madani, penerbit al-Maktabah al-ʽIlmiyah - al-Madinah al-Munawwarah.Di tempat lain juga beliau menulis:وسئل عن الفضل بن محمد الشعراني، فقال: صدوق في الرواية إلا أنه كان من الغالين في التشيع، قيل له: فقد حدثت عنه في الصحيح، فقال: لأن كتاب أستاذي ملآن من حديث الشيعة يعني مسلم بن الحجاج ».Telah ditanya tentang al-Fadhl bin Muhammad al-Shaʽrani, maka dia berkata: Ṣadūq dalam riwayat, melainkan beliau seorang yang sangat keras dalam Syiah. Di katakan kepadanya: Engkau telah meriwayatkan hadis daripadanya di dalam kitab al-Sahih. Jawabnya: Ini disebabkan kitab guruku sarat dengan hadis Syiah, beliau adalah Muslim bin al-Hajjaj.Rujukan:- Al-Baghdadi, Ahmad bin Ali Abu Bakr al-Khathib (meninggal dunia tahun 463 Hijrah), kitab al-Kifayah Fi ʽIlm al-Riwayah, jilid 1 muka surat 131, tahqiq Abu Abdillah al-Suraqi, Ibrahim Hamdi al-Madani, penerbit al-Maktabah al-ʽIlmiyah - al-Madinah al-Munawwarah.Apakah ghuluw dalam rafidhah menjadi sebab pendhaifan?Walau bagaimanapun kemungkinan mereka akan mengajukan permasalahan bahawa rafidhah bukanlah faktor yang menyebabkan seseorang itu dinilai berdasarkan ilmu Jarh Wa Taʽdil. Namun apa yang menjadi penilaian adalah ghuluw (berlebih-lebihan) dalam rafidhah. Iaitu mencintai Ali bin Abi Talib (a.s) dan mengedepankannya daripada Abu Bakar, Umar di samping menghina