20 Mei 2013 - 13:31
Puluhan terbunuh dalam 8 serangan bom di Iraq

Puluhan jiwa gugur dalam 8 serangan bom di Baghdad, Bashrah dan Diyali

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Beberapa kawasan di Iraq digegarkan dengan serangan bom di beberapa kawasan Baghdad, Bashrah dan Diyali sehingga menyebabkan puluhan orang terbunuh dan cedera.

Menurut sumber keselamatan lima daripada penduduk awam  tercedera dalam serangan bom kereta yang diletakkan dalam salah satu garaj berhampiran medan 'Adn, Kazimiyah, Utara Baghdad.

Sebuah lagi bom kereta meletup di lebuh raya, daerah Yusufiyah, Selatan Baghdad.

Menurut sumber lagi, di Utara Baghdad serangan bom disasarkan di sebuah pasar sehingga menyebabkan sembilan orang cedera.

Sebaliknya di Timur Baghdad sebuah bom yang ditanam berhampiran pasar mewah meledak sehingga menyebabkan kematian 2 orang dan mencederakan 10 orang yang lain.

Sementara itu serangan bom kereta turut terjadi di Zafaraniyah, Tenggara Baghdad yang mengakibatkan kecederaan 7 orang.

Enam orang pula dilaporkan cedera selepas sebuah bom kereta yang diletakkan di tepi jalan raya daerah Barat Daya Baghdad.

Di Wilayah Bashrah, dua bom kereta yang disasarkan terhadap sekumpulan pekerja meletup di Hay al-Husain. 9 orang dilaporkan terbunuh dan 30 cedera.

Dalam masa yang sama sembilan orang awam cedera apabila sebuah kereta meletup di sebuah pasar di Diyala