Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden Bashar al-Assad semalam telah meluangkan masa untuk diwawancara bersama televisyen al-Manar Lubnan. Berikut adalah teks penuh temubual tesebut:Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang. Assalamualaikum, Pertumpahan darah di Syria terus berlangsung tanpa berhenti. Ini hanya disebabkan berlanjutan sedikit salah faham antara mereka yang setia dengan negara Syria dan mereka yang menentangnya. Namun tidak ada kesefahaman untuk penerusan perkara yang lain dan tidak ada perincian jelas sejak krisis dua tahun tersebut. Dalam masa yang sama, ramai yang menduga kejatuhan rejim. Tarikh akhir yang ditetapkan telah meleset. Hari ini kita di sini, di ibu kota Damsyik, mendapat layanan presiden yang menjadi punca keresahan kepada banyak pihak lawan, yang masih tidak memahami persamaan permainan malapetaka, bersama perhitungan mereka dan batu penghalan dari penyingkiran beliau dari senario politik Syria.Ini keputusan yang tidak menyenangkan dan akibat yang tidak diduga buat lawannya, yang kecewa dengan skim dan komplot mereka, ini disebabkan mereka tidak mengambil kira satu persoalan yang jelas: Apa yang berlaku sekiranya presiden tidak jatuh? Bagaimana sekiranya presiden Assad tidak meninggalkan latar Syria? Sudah tentu tidak ada jawapan yang jelas; dan hasilnya adalah kerosakan yang lebih parah, pembunuhan dan pertumpahan darah. Hari ini terdapat perbualan mengenai titik waktu kritikal untuk Syria. Askar Syria telah berpindah dari peringkat mempertahankan diri kepada penyerangan, sehingga mencapai kejayaan satu demi satu.Pada peringkat yang sama, air diplomatik yang bertakung telah berkocak dengan lebih dua persidangan di Geneva, yang menjadi tema dalam kenyataan semua pihak. Terdapat banyak soalan yang perlukan jawapannya: Penyelesaian politik, usaha terhadap pilihan ketenteraan untuk menentukan hasil, campur tangan secara langsung Israel bersama kejadian-kejadian krisis terbaru, kesamaan baru di bukit Golan, hubungan bersama musuh dan rakan. Apakah rancangan kepimpinan Syria untuk jalan keluar dari krisis yang kompleks dan berbahaya, yaman mana kesannya telah melimpah ke negara-negara jiran? Malam ini kami sangan senang untuk mengajukan soalan-soalan kepada Yang Mulia Presiden Bashar al-Assad, Assalamualaikum Tuan Presiden.Presiden Assad: Assalamualaikum, kedatangan anda di Damsyik amat dialu-alukan.Al-Manar: Tuan Presiden, kita berada di tengah-tengah Istana Rakyat, selama dua tahun setengah berada dalam krisis. Dalam masa yang sama, pertaruhannya ialah presiden dan rejimnya akan digulingkan dalam beberapa minggu. Bagaimanakah caranya anda menggagalkan rancangan lawan dan musuh-musuh anda? Apa rahsia di sebalik ketabahan ini?Presiden Assad: Terdapat banyak faktor yang terlibat. Salah satunya adalah faktor rakyat Syria, yang menggagalkan niat mereka; selain itu faktor yang berkaitan dengan mereka, yang menjadi dalang terhadap senario ini, dan berakhir dengan kekalahan mereka kerana mereka tidak tahu tentang Syria dan situasinya secara terperinci. Mereka mulakan dengan revolusi, namun revolusi memerlukan elemen-elemen yang nyata; kamu tidak boleh mencipta revolusi hanya dengan membayar sejumlah wang. Apabila pendekatan ini gagal, mereka beralih dengan memperalatkan slogan mazhab agar tercipta pecah belah dalam masyarakat kita. Walaupun mereka mampu untuk menyusupkannya ke dalam beberapa saku rakyat Syria tertentu, iaitu saku kejahilan dan kekurangan kesedaran yang terdapat dalam mana-mana masyarakat, mereka tidak mampu mencipta perpecahan mazhab ini. Jika mereka berjaya, pasti Syria dapat dipecahkan sejak awal lagi. Mereka juga jatuh dalam perangkap sendiri dengan percubaan mempromosikan kepada rakyat bahawa ini adalah perjuangan untuk mengekalkan kekuasaan, berbanding dari perjuangan untuk kedaulatan negara. Tidak ada sesiapapun yang akan berperang dan mensyahidkan diri sendiri untuk memelihara kuasa orang lain.Al-Manar: Dalam perjuangan untuk tanah air, seolah-olah kepimpinan Syria melakukan kemajuan dalam medan perang setelah dua tahun setengah. Di sini sekiranya saya dapat bertanya, kenapa anda memilih pergerakan dari mempertahankan diri kepara penyerangan? Tidakkah anda terfikir bahawa anda telah lewat dalam mengambil keputusan untuk serangan itu, dan kerugian besar yang ditanggung akibat mengambil Al-Qusair sebagai contoh?Presiden Assad: Samada mempertahankan atau menyerang, ini bukanlah sebuah pertanyaan. Setiap peperangan mempunyai taktiknya sendiri. Sejak awal lagi, kita tidak berurusan dengan setiap situasi dari perspektif ketenteraan semata-mata. Kami juga mengambil kira aspek-aspek sosial dan politik juga, banyak rakyat Syria telah terkeliru sejak awal, dan terdapat banyak negara jiran yang tidak faham isu domestik secara dinamik. Tindakan anda akan menjadi berbeza menurut berapa banyak persetujuan umum yang mengatasi isu tertentu. Tidak syak lagi bahawa banyak peristiwa-peristiwa telah memberikan pendedahan kepada rakyat Syria agar lebih memahami situasi dan apa yang sebenarnya telah dipertaruhkan. Ini menyebabkan pasukan askar dapat menjalankan tenggungjawab mereka dan mencapai banyak keputusan dengan lebih baik. jadi apa yang berlaku sekarang adalah pertukaran taktik pertahanan kepada serangan, namun imbangan kuasa telah berpihak kepada angkatan tentera.Al-Manar: Tuan presiden, bagaimana keseimbangan ini berjaya dilaksanakan? Syria telah dikritik apabila dikatakan mengundang bantuan militan asing, dan berterus terang mendakwa pejuang Hizbullah telah menghulurkan bantuan. Dalam wawancara sebelum ini, anda berkata Syria mempunyai 23 juta rakyat; kita tidak perlukan bantuan daripada sesiapapun. Apa yang Hizbullah lakukan di Syria?Presiden Assad: Alasan utama untuk mensaksamakan keseimbangan pertukaran pandangan rakyat dalam kawasan yang menetaskan kumpulan-kumpulan militan tidaklah diperlukan atas alasan kekurangan semangat patriotik dalam kawasan mereka, namun ia disebabkan mereka telah terpedaya. Mereka telah didorong untuk percaya bahawa terdapat revolusi menentang kegagalan negara ini. Ini semua sudah berubah; banyak individu-individu telah meninggalkan kumpulan pengganas ini dan kembali kepada kehidupan normal mereka. Seperti mana dakwaan tentang Hizbullah dan penyertaan pejuang asing di kalangan askar Syria, ini adalah isu yang amat besar kepentingannya, dan menjadi beberapa faktor. Setiap faktor ini hendaklah difahami dengan jelas. Hizbullah, peperangan di al-Qushair dan serangan udara Israel baru-baru ini - Ketiga-tiga faktor ini hendaklah tidak dilihat secara terpencil antara satu sama lain, ini semua adalah sebahagian dari isu yang sama. Biar lebih jujur, dalam beberapa minggu ini, terutamanya setelah ucapan Hasan Nasrullah, media Arab dan media asing berkata bahawa pejuang Hizbullah sedang bertempur di Syria dan mempertahankan negara Syria, atau mempergunakan perkataan "rejim itu". Kata-kata yang logiknya ialah, sekiranya Hizbullah atau pejuang ingin mempertahankan Syria dengan mengirim pasukannya, berapa ramai yang dapat mereka kirim? beratus-ratuskah? atau seribu? atau dua ribu? Kita sedang berbicara dengan ratusan ribu askar Syria yang terlibat dalam menentang puluhan ribu pengganas sekiranya tidak lebih dari itu kerana terdapat aliran masuk militan dari negara jiran dan negara asing yang mendukung pengganas tersebut. Jadi jelaslah, jumlah pejuang Hizbullah yang dapat memberikan sumbangan untuk mempertahankan negara Syria dalam peperangan bagaikan setitis air dalam lautan berbanding dengan jumlah askar Syria yang memerangi pengganas. Apabila berbicara di dalam perhitungan keluasan Syria, jumlah ini tidak dapat mempertahankan negara dan pemerintah. Ini dari satu perspektif, dari sisi lain, jika mereka berkata bahawa jumlah ini mempertahankan negara, mengapa sekarang? Pertempuran bermula setelah Ramadhan 2011, meningkat dalam tahun 2012, dalam musim panas 2012 menjadi benar-benar sebuah peperangan. Mereka memulakan peperangan untuk "membebaskan Damsyik" dan meletakkan tempoh yang kosong untuk pertama kalinya, kali kedua dan ketiga; empat general telah dibunuh, sejumlah individu telah meninggalkan Syria, ramai yang percaya bahawa tibalah waktu kejatuhan rejim. Ia tidak terjadi. Meskipun sepanjang waktu itu Hizbullah tidak masuk campur, mengapa pula Hizbullah perlu masuk campur sekarang? Lebih penting lagi mengapa kita tidak pernah melihat Hibullah bertempur di Damsyik dan Aleppo? Pertempuran yang lebih signifikan ialah di Damsyik dan di Aleppo, bukan di Qushair. Al-Qushair merupakan kota yang kecil di Homs, mengapa kita tidak melihat Hizbullah di kota Homs? Jelas sekali andaian ini tidak benar. Mereka mendakwa bahawa al-Qushair merupakan kota sempadan yang strategik, namun semua sempadan cukup strategik untuk para pengganas menyeludup senjata mereka. Jadi semua posisi tidak ada apa-apa untuk Hizbullah. Sekiranya kita mengambil kira teriakan dan rintihan media Arab, kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pegawai Arab dan pegawai asing - termasuklan Ban Ki Moon yang menyatakan kegelisahannya dengan Hizbullah di Al-Qushair- semua ini hanyalah mempunyai objektif untuk menekan dan melumpuhkan perjuangan moqawama. Tidak ada apa yang dapat ia lakukan untuk mempertahankan negara Syria. Askar Syria telah mencapai kejayaan yang gemilang di Damsyik, Aleppo, pendalaman Damsyik dan banyak lagi kawasan; namun, kita tidak mendengar teriakan seperti teriakan di al-Qushair.Al-Manar: Tetapi tuan presiden, secara dasarnya, kelihatan tuduhan peperangan yang anda dan Hizbullah sedang langsungkan di Al-Qushair seperti yang telah anda kritik, ianya bertujuan mendapatkan keamanan sepanjang pantai di rantau Damsyik. Akibatnya jika Syria telah dipecahkan, atau pertukaran geografi diubah secara paksa, ini akan meratakan jalan negara Alawi. Oleh itu apakah dasar sebenar peperangan ini, dan apakah ia berkaitan dengan konflik dengan Israel?Presiden Assad: Pertama, kawasan Syria dan pantai Lubnan tidaklah bersambung melalui al-Qushair. Secara geografinya ia adalah mustahil. Kedua, tidak ada siapa yang berperang untuk mencetuskan perpecahan. Sekiranya kamu memilih perpecahan, kamu bergerak ke arah objektif itu tanpa berperang di seluruh negara agar dapat menekan kepada pembahagian wilayah. Dasar peperangan tidak menunjukkan bahawa kita sedang menuju ke arah perpecahan, sebaliknya kita memastikan kekal dalam sebuah negara yang satu. Nenek moyang kita menolak idea pembahagian wilayah apabila Perancis mengajukannya ketika menjajah Syria kerana pada masa itu mereka benar-benar sedar akibatnya. Adalah tidak mustahil atau dapat diukur bahawa generasi berikutnya, kami sebagai anak cucu mereka kurang kesedaran atau tidak berotak. Satu lagi, peperangan di al-Qushair dan seluruh rintihan tersebut berkaitan dengan Israel. Jangka masa peperangan di al-Qushair telah disamakan dengan serangan udara Israel. Objektif mereka ialah untuk melemahkan perjuangan. Ini adalah kempen lama yang diambil dalam bentuk yang berbeza. Sekarang, apa yang penting ialah bukanlah al-Qushair sebagai sebuah kota, namun sempadannya; mereka mahu melemahkan perjuangan berbentuk daratan dan lautan. Di sini terdapat soalan yang timbul sendiri - Sebahagian menyatakan bahawa pejuang hendaklah berdepan dengan musuh dan akibatnya ia akan bertahan di Selatan. Ini telah diutarakan pada 7 Mei 2008, apabila beberapa ejen Israel di Lubnan cuba merosakkan sistem komunikasi pihak pejuang; mereka mendakwa bahawa perjuangan mengalihkan senjatanya ke arah dalam. Mereka mengajukan kata-kata yang sama terhadap askar Syria; bahawa askar Syria hendaklah berperangan dengan Israel di sempadan. Kami katakan dengan jelas bahawa askar kita akan berperang dengan musuh walau di manapun mereka berada. Ketika musuh berada di Utara kita akan bergerak ke Utara, perlaksanaan yang sama akan diambil sekiranya musuh datang dari Timur atau Barat. Inilah kes yang terjadi pada Hizbullah. Sekarang pertanyaannya ialah mengapakah Hizbullah perlu mengambil tempat sempadan dalam Lubnan atau di dalam Syria? Jawapannya ialah pertempuran kita menentang musuh iaitu Israel dan paksinya berada dalam Syria atau di luar Lubnan.Al-Manar: Tuan Presiden, jika boleh saya ingin bertanya tentang penglibatan Israel dalam krisis Syria melalui serangan udara terhadap Damsyik baru-baru ini. Israel segera menyematkan mesej tertentu dalam serangan udara ini dengan berkata: ia tidak berhasrat untuk meningkatkan atau berniat untuk masuk campur dalam krisis Syria. Pertanyaannya ialah: Apa yang Israel inginkan dan apa jenis campur tangan?Presiden Assad: Ini adalah pandangan saya. Semua yang berlaku pada masa ini bertujuan, pertama dan ianya adalah penting, menyekat perjuangan. Sokongan Israel untuk pengganas adalah untuk dua tujuan. Yang pertama ialah untuk menyekat pejuangan Moqawama, kedua adalah untuk menyerang sistem pertahanan udara Syria. Ia tidak ada minat yang lain lagi.Al-Manar: Tuan Presiden, oleh kerana matlamat Israel amat jelas, negara Syria dikritik kerana memberikan reaksi secara berdiam diri. Semua orang menjangka adanya reaksi balas, sebaliknya kerajaan Syria berkata bahawa ia berhak untuk memberikan tindak balas dalam masa dan tempat yang sesuai. Kenapa tidak bertindak serta merta? Apakah cukup apabila sumber senior menyatakan bahawa pelancar roket telah diarahkan kepada musuh iaitu Israel, dan sebarang serangan akan dibalas serta merta tanpa arahan daripada pihak tentera?Presiden Assad: Kami telah memaklumkan kepada semua pihak Arab - kebanyakannya pihak asing - yang telah menghubungi kami, bahawa kami akan memberikan tindak balas di waktu lain. Sudah tentu terdapat lebih dari satu tindak balas. terdapat beberapa tindakan Israel yang mendapat balasan serta merta. Namun ini adalah tindakan jangka pendek yang tidak ada nilai sebenar. Ia hanyalah bersifat dasar politik. Jika kita ingin memberikan tindak balas, maka tindak balas tersebut akan menjadi kepentingan yang strategik.Al-Manar: Bagaimanakah caranya? apakah dengan membuka medan Golan sebagai contohnya?Presiden AssadL Ini bergantung dengan pandangan umum rakyat, samada terdapat persetujuan yang menyokong Moqawama atau tidak. Itulah persoalannya.Al-Manar: Bagaimana dengan keadaan di Syria sekarang?Presiden Assad: Sebenarnya, jelas sekali terdapat tekanan untuk membuka medan perang di Golan untuk Moqawama. Semangat ini berada pada peringkat bangsa Arab. Kita menerima ramai delegasi Arab yang ingin mengetahui betapa mudanya rakyat untuk mendaftar supaya tampil berperang dengan Israel.Sudah tentu Moqawama tidaklah mudah. Ia bukan semata-mata membuka barisan geografi. Ia adalah politik, ideologi dan isu sosial yang memberikan hasil bersihnya dengan tindakan ketenteraan.Al-Manar: Tuan Presiden, jika kita mengambil kira kejadian di Bukit Golan, dan tindak balas Syria pada kenderaan Israel yang melintasi garis pertempuran, apakah ini bermakna bahawa kaedah-kaedah pembabitan telah berubah? Dan sekiranya peraturan dalam permainan telah berubah, apakah persamaan yang dapat dikatakan?Presiden Assad: Perubahan sebenar dalam kaedah-kaedah pembabitan akan terjadi apabila terdapat satu keadaan yang popular untuk membawa kepada Moqawama. Sebarang perubahan dalam terma yang singkat tidak berguna untuk kita bawa kepada peperangan. Sebarang tindak balas hanyalah muncul dalam kaedah-kaedah pembabitan.Tetapi saya tidak fikir ianya benar-benar menjadi kenyataan. Perubahan yang sebenar terjadi apabila rakyat bergerak ke arah Moqawama; inilah perubahan yang benar-benar dramatik.Al-Manar: Tidakkah anda fikir ini agak terlambat sedikit? Setelah 40 tahun bertenang dan negara dalam keadaan gencatan senjata terhadap bukit Golan, sekarang terdapat perbindahan tentang pergerakan ke arah medan tersebut, agaknya apakah ini merupakan persamaan dan mengenai kaedah-kaedah permainan terbaru?Presiden Assad: Mereka hanyalah berbicara tentang Syria membuka medan atau menutup medan. Mereka tidak mencipta Moqawama. Moqawama hanya dapat menyeru perkara tersebut. Apabila ia menjadi popular dan spontan, maka ia tidak lagi dicipta. Negara tersebut hanyalah mampu memilih untuk menyokong atau mene
30 Mei 2013 - 19:30
News ID: 424845