Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Akibat perasaan benci yang mendalam terhadap Ahlul Bait, seorang pegawai daerah menukar nama Masjid Fathimah Az-Zahra (a.s) kepada Masjid Ar-Rahmah.Berasaskan laporan ini, pegawai perbandaran Jeddah mencipta alasan bahawa Fathimah merupakan nama ibu ahli perniagaan yang membangunkan masjid tersebut dan penggunaan nama peribadi adalah haram. Walau bagaimanapun penduduk kawasan terbabit berkata, nama masjid ini dihias dengan nama Fathimah Az-Zahra (a.s), anak perempuan Nabi Muhammad (s.a.w), bukannya nama ibu yang membina masjid berkenaan.Sebaliknya salah satu ahkbar tempatan Saudi pula melaporkan terdapat jenazah jemaah haji Iran yang pernah dikuburkan di tapak masjid tersebut. Oleh itu pengikut mazhab Syiah membangunkan masjid dan menjadikannya tempat ziarah dan ibadat. Manakala pegawai perbandaran bertindak mencegah kegiatan tersebut.Golongan Wahabi mempunyai doktrin kebencian terhadap Ahlul Bait yang merupakan pewaris ilmu kenabian untuk melanjutkan hidayah Allah kepada umat manusia setelah kewafatan Rasulullah (s.a.w)



31 Mei 2013 - 19:30
News ID: 425208
Atas alasan Fathimah merupakan nama peribadi ibu ahli perniagaan yang membangunkan masjid ini, pegawai perbandaran Jeddah menukarkan namanya kepada Masjid al-Rahmah.