7 Jun 2013 - 15:25
Rejim Bahrain serang majlis keagamaan di Jid'ali

Pihak berkuasa Bahrain bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah perhimpunan keagamaan sempena hari Mab'ath Nabi di wilayah Jid'ali.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pasukan polis regim bertindak melepaskan gas pemedih mata ke arah penduduk awam yang sedang berkumpul dalam majlis Mab'ath Nabi kelmarin (6/6/2013) di wilayah Jid'ali.

Penduduk tiba-tiba panik dengan gas pemedih mata yang dilepaskan secara bertubi-tubi ke dalam dewan. Asap tebal yang menyelubungi majlis menyebabkan kanak-kanak turut menjadi mangsa sesak nafas.

Alasan serangan dikatakan berpunca dari pihak berkuasa yang mengejar beberapa orang pemuda setelah terjadi kes pembakaran tayar di jalan raya setengah jam sebelumnya (kira-kira setengah jam sebelum itu). Pihak berkuasa turut menangkap dua pemuda di dalam rumah tersebut dan sengaja melepaskan gas beracun dalam perhimpunan keagamaan tersebut.