16 Jun 2013 - 19:30
Kerajaan Bahrain rampas tanah masjid Syiah

Kerajaan Bahrain bertindak merampas tanah masjid Imam al-Hadi setelah memusnahkannya dua tahun lalu dalam kempen ketenteraan menentang penunjuk perasaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut maklumat daripada pihak tertentu, Kementerian Keadilan Bahrain telah bertindak merampas tanah yang menjadi bekas tapak masjid Imam al-Hadi (a.s), Barat negara itu setelah kompleks rumah ibadat tersebut diruntuhkan dua tahun lalu dalam kempen ketenteraan anti tunjuk perasaan pada Mac 2011.Ketua bahagian kebebasan agama, di pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Bahrain, Syiekh Maytham Al-Salman mengutuk usaha Kementerian Keadilan tersebut.Syeikh Salman menyeru pemberhentian segera operasi terancang terhadap warisan Islam Mazhab Jafari dan kebebasan agama di negara itu sambil menyatakan tindakan tersebut mengancam seluruh rakyatnya kerana boleh mencetuskan sikap tidak acuh terhadap akidah dan warisan sejarah.Kerajaan Bahrain dilaporkan telah menghancurkan 38 masjid kepunyaan masyarakat Syiah dalam operasi besar-besaran membalas dendam terhadap kebangkitan rakyatnya sehingga mengorbankan puluhan penduduk awam samada di dalam atau diluar penjara. Penduduk Bahrain bangkit menuntut penghapusan diskriminasi setelah peluang pekerjaan ditawarkan berdasarkan identiti mazhab.