23 Jun 2013 - 19:30
Pembunuhan Syiah merupakan dosa besar dan kemungkaran yang amat dahsyat

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Universiti Al-Azhar mengeluarkan kenyataan rasminya tentang pembunuhan empat pengikut mazhab Syiah dengan menegaskan pertumpahan darah ini amat membimbangkan. Kenyataan turut menjelaskan perbuatan jenayah tersebut merupakan sebahagian daripada dosa besar dan kemungkaran yang amat dahsyat di mana ia telah diharamkan oleh hukum syarak manakala mereka yang melakukannya perlu dihukum.Al-Azhar menegaskan lagi bahawa pertumpahan darah adalah haram sedangkan negara Mesir dan rakyatnya tidak tahu menahu tentang pembunuhan atas alasan akidah, mazhab atau pemikiran. Bagi mereka kejadian-kejadian itu amatlah aneh dan mempunyai motif untuk menghancurkan kestabilan negara. Masyarakat dan negara digesa untuk memberikan fokus terhadap fitnah yang melanda. Kenyataan turut menukilkan sebuah hadis yang menegaskan bahawa sekiranya dua orang Islam saling bunuh membunuh, maka pembunuh dan yang dibunuh akan berada dalam neraka.Al-Azhar turut meminta pihak berkuasa segera menjalankan siasatan terhadap kes ini dan menjatuhkan hukuman keras terhadap mereka yang terbukti bersalah melakukan jenayah.