Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syeikh Ahmad Al-Jazairi ketika membaca resolusi di akhir persidangan ini berkata, "Penganut pandangan Takfiri cuba menghapuskan lawan mereka dengan pengkafiran, dan mereka menganggap pertumpahan darah adalah halal. Pandangan mereka tidak mempunyai asas agama sedikitpun. Bahkan mengejar matlamat politik mereka sendiri. Mereka membawa aktiviti jenayah kejam untuk umat Islam."Persatuan Ulama Bilad Al-Sham turut menolak sebarang campur tangan asing dalam urusan umat Islam. Tambah beliau lagi, "Konspirasi terhadap agama Islam dan umatnya masih belum berhenti. Pembunuhan umat dilakukan oleh kumpulan-kumpulan Takfiri yang memperalatkan Islam untuk kegiatan mereka. Masyarakat antarabangsa hendaklah memberikan peluang kepada bangsa Syria untuk menentukan masa depan mereka."Resolusi juga menyatakan. "Dasar Takfiri ialah melawan al-Quran dan Sunnah Nabi Islam (s.a.w). Golongan Takfiri berusaha menjauhkan pandangan umat dari musuh sebenar mereka iaitu rejim Zionis. Saluran-saluran televisyen Takfiri tidaklah mempunyai fokus yang lain kecuali menyemai fitnah, kebencian, mewujudkan perseteruan dan memcah belahkan antara umat Islam. Mereka memenuhi rancangan bahaya untuk melaga-lagakan perpaduan umat Islam. Orang yang berucap dalam saluran-saluran televisyen ini tidak akan membezakan sesiapapun di mana mereka akan membunuh umat Islam dengan tangan mereka sendiri. Jenayah-jenayah golongan Takfiri di Mesir, Syria, Iraq dan Pakistan merupakan jenayah kemanusiaan yang memalukan. Mereka yang melakukan jenayah ini hendaklah dikecam atas tuduhan pembunuhan etnik."Kenyataan ini turut meminta umat agar memberikan fokus kepada toleransi Islam yang memupuk semangat berdialog dalam menyelesaikan perselisihan. Ini disebabkan perbalahan dan konflik dalam umat hanya memberikan manfaat kepada pihak musuh.Syeikh Ahmad Al-Jazrawi menegaskan, "Kami mengingatkan umat Islam tentang kewajipan asal mereka terhadap Palestin. Palestin hendaklah dibersihkan dari pencemaran penjajah Zionis. Membebaskan Palestin hanyalah dengan meneruskan dasar Moqawama (perlawanan) dengan berbagai cara antaranya ialah perjuangan bersenjata. Dengan Moqawama pihak Zionis terpaksa berundur dari Lubnan."
3 Julai 2013 - 19:30
News ID: 436948
Persidangan "Toleransi Islam dan Fitnah Takfiri" di Beirut mohon para ulama bangkit menghadapi golongan pelampau dan Takfiri.