11 Julai 2013 - 03:57
Amaran keras Akhtari terhadap Qardhawi

Kewujudan golongan Takfiri dan diamnya kamu dalam menghadapi orang yang tidak berperi kemanusiaan walaupun dengan jenazah insan tidak berdosa, di mana jantungnya di keluarkan dan dikunyah, telah menyebabkan jenayah kejam ini terjadi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait menulis surat terbuka kepada Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Yusuf Al-Qardhawi yang telah mencetuskan kejutan buat dunia Islam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Surat Syeikh Hasan Akhtari yang mengandungi amaran keras tersebut menyatakan rasa terkejut dan kecamannya terhadap sikap negatif Qardhawi. Menurut beliau, "Sikap ini akan berhujung dengan peningkatan fitnah mazhab dan perkauman dalam dunia Arab dan dunia Islam. Ianya juga akan meningkatkan pertumpahan darah, pemusnahan kehidupan sedangkan seluruh umat Islam hari ini amat memerlukan perpaduan dalam menghadapi konspirasi global, diskriminasi perkauman dan keganasan, di samping memerlukan penyusunan kesatuan barisan untuk berdepan dengan entiti Zionis dan kuasa angkuh dunia.

Akhtari menjelaskan bahawa orang yang menggalakkannya menyemai fitnah tidaklah terlalu lama akan menjatuhkan dirinya sebagaimana yang telah terjadi pada hari ini tanpa kesedaran dan kematangannya. Sesungguhnya kenyataan-kenyataannya baru-baru ini menunjukkan naik turun perubahan dalam mengeluarkan fatwa dan pendirian prinsip dalam agama Islam.

Berikut adalah teks surat Syeikh Hasan Akhtari:

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka . Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya pengetahuan kepadamu, maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. 

Tuan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh

Dukacita dimaklumkan bahawa telah sampai ke pengetahuan kami tentang kenyataan-kenyataan anti Iran, Hizbullah, Setiausaha Agungnya Sayid Hasan Nasrullah, kerajaan Syria dan kaum Alawi yang telah anda keluarkan di Doha dengan mengutarakan frasa-frasa mengejutkan, memalukan dan tidak wajar. Oleh itu kami menyatakan rasa terkejut dan kecaman terhadap kenyataan dan pendirian negatif seperti ini, di mana kami melihat ia bakal berhujung dengan peningkatan api fitnah, penumpahan darah dan pemusnahan kehidupan di dunia Arab dan Islam, sedangkan umat Islam hari ini amat memerlukan perpaduan bagi menghadapi konspirasi global, menolak diskriminasi, keganasan di samping membariskan barisan untuk berhadapan dengan entiti Zionis dan kuasa angkuh dunia.

Seperti yang kita tahu bahawa Allah Ta'ala berfirman di dalam kitabnya:

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah bercerai-berai dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. - Al 'Imran ayat 105

Sesungguhnya apa yang terjadi dan masih belum luput dari dunia Islam serta Arab ialah jenayah-jenayah pembunuhan, intimidasi dan penyerangan terhadap masjid-masjid serta tempat ibadah. Begitu juga pembunuhan ulama dan orang yang menunaikan solat seperti as-Syahid Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthi, termasuklah pemusnahan dan penistaan makam sahabat besar as-Syahid Hujur bin Adi al-Kindi di kawasan 'Azra, Syria dan pembongkaran makamnya dengan melanggar batas-batas syarak dan kemanusiaan, begitu juga apa yang terjadi sebelum itu seperti serangan terhadap penziarah kubur dan makam Ahlul Bait (a.s) di Iraq, permakaman para wali di beberapa negara Afrika dan negara Islam, termasuklah pembakaran naskah-naskah al-Quran dan ribuan kitab-kitab berharga, penistaan agama dan kemanusiaan serta serangan-serangan terbuka. Kadang-kadang semua itu berpunca daripada sikap anda yang berdiam diri, tidak mengeluarkan kecaman dan penolakan individu tersebut daripada orang seperti anda. Malah jasad-jasad yang tidak bersalah telah diambil jantungnya dan dijilat kadangkala tindakan ini datang setelah serangan yang dilakukan setelah kempen yang dipicu oleh orang seperti anda, di mana ia memberikan legitimasi kepada pengganas-pengganas takfiri seperti ini untuk melakukan jenayah keji yang jauh dari kemanusiaan dan moral Islam.

Adalah amat mendukacitakan apabila musuh-musuh Islam dan penganutnya telah mengeksploitasi dan mengambil kesempatan dari kenyataan-kenyataan dan fatwa-fatwa anda untuk kepentingan, kezaliman dan kejahatan mereka. Anda tidak mengamati dan melihat dengan teliti tentang sebab campur tangan negara-negara Eropah, Amerika dan negara-negara sekutunya dalam kerajaan Islam, Dari satu perspektif mereka melancarkan peperangan yang memusnahkan, dan dari sisi lain mereka menindas penduduk di Bahrain, Arab Saudi.

Dalam kenyataan-kenyataan terbaru anda telah mendakwa bahawasanya "saya sudah bertahun-tahun mengajak ke arah pendekatan (mazhab-mazhab Islam), saya telah mengunjungi Iran, namun mereka mentertawakan kita dan golongan pelampau berhasrat ingin memakan Ahlusunnah". Sedangkan semua orang tahu bahawa Ahlusunnah tinggal bersama-sama saudara Syiah mereka dengan penuh kasih sayang dan keharmonian di mana perbandingan perpaduan Islam yang terdapat di Iran terlalu kurang dilihat di tempat-tempat lain. Begitu juga anda berkata: Para syeikh di Arab Saudi lebih matang daripada saya kerana mereka mengenal hakikat sebenar golongan itu (Syiah).

Tidaklah tersembunyi bahawa mereka yang terpedaya dengan tipu daya murahan ini tidak lama lagi akan bergabung dengan rakan-rakan barunya sebagaimana perkara ini dilakukan secara melulu pada waktu sebelumnya. Kenyataan-kenyataan terkini anda menunjukkan bahawa anda tidak konsisten dalam mengeluarkan fatwa dan mengambil pendirian di lapangan Islam.

Seharusnya saya mengingatkan bahawa Hizbullah tidak sekali-kali menujukan sasaran terhadap Ahlusunnah, bahkan mereka telah ikut bersama-sama dalam pertempuran dengan Zionis, kemudian mencapai kemenangan bersejarah bersama Hamas dan Jihad Islam merupakan sesuatu yang sukar diraih oleh negara-negara Islam.

Di zaman yang mana usaha untuk mengakhiri krisis di Syria secara aman sedang berlangsung, peribadi seperti anda telah menyalakan api fitnah dan ia bertentangan dengan firman Allah. Allah (s.w.t) dalam surah al-Hujurat ayat 9 berfirman:

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu ; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

Kenyataan-kenyataan provokasi dan tuduhan-tuduhan anda terhadap orang lain telah merealisasikan kebaikan bagi golongan musuh, dan ianya membantu pemikiran gelap Takfiri.

Wahai Syeikh yang memalukan, Hizbullah dan perlawanan (Moqawama) yang berperang dengan rejim Zionis anda sifatkan sebagai Syaitan, dan anda memperkenalkan Sayid Hasan Nasrullah dengan perkataan-perkataan yang tidak wajar sedangkan beliau merupakan ketua perlawanan Islam, pemberani dan pejuang yang menjadi kebanggaan umat Islam dan dunia Arab sejak dahulu hingga kini.

Kami telah berharap bahawa anda membantu orang yang bangun dan menolong umat Islam Arab yang menentang pemerintah Zalim dalam
kebangkitan mereka. Anda juga diharapkan dapat membantu orang yang meminta perdamaian, insan yang tidak bersenjata di Bahrain dan Arab Saudi yang menuntut keadilan dan hak mereka, begitu juga membantu mereka yang menentang penindasan, pembuhan, gertakan dan keganasan dari pemerintah kedua-dua negara ini.

Kata-kata anda bertentangan dengan matlamat kesatuan ulama sedunia dan bertentangan dengan mereka yang ingin mengahapuskan kefanatikan, perpecahan di mana ia bangkit bersama seruan keadilan sebagaimana yang termaktub dalam konvensyen Islam ini.

Kenyataan-kenyataan bahaya dan tidak bertanggung jawab ini telah mewujudkan kebencian dan perseteruan terhadap nyawa umat Islam. Ia juga bakal mengundang tauladan negatif, kebencian dan fitnah sesama umat Islam.

Kenyataan-kenyataan provokatif terkini anda memberikan manfaat kepada Yahudi, Zionisme, Kristian dan mereka yang bimbang terhadap Hizbullah setelah kekalahan Israel dalam tahun 2006.

Gara-gara ini anda telah meninggalkan perdebatan dan kerjasama dalam berbakti kepada Islam dan umatnya. Anda juga tidak bangkit menghadapi musuh-musuh yang mana anda sendiri telah berkhidmat kepada mereka dengan mengeluarkan kenyataan tidak bertanggung jawab. Ini juga menjadi faktor pertelagahan yang mendalam dan pertelingkahan antara umat Islam.

Memang benar Hizbullah dan Iran secara terbuka membela dan menyokong perlawanan Islam di Palestin dan Lubnan. Perlindungan kemenangan dan membentuk latar belakang pembebesan bumi Arab dan Islam yang dijajah ini telah diperkukuhkan. Sementara itu negara teluk yang kaya raya menuruti fitnah, melakukan pengkhianatan dan menjadi hamba kepada Zionis serta Amerika. Ini adalah perbezaan antara kedua-duanya.

Kami memaklumkan perasaan terkejut dan dukacita terhadap kenyataan-kenyataan anda kerana hingga kini kami belum mendengar kenyataan anda yang menentang gerakan kristianisasi di mana hasratnya ialah mengeluarkan umat Islam dari agamanya dan masuk ke dalam agama lain.

Kami yakin penggabungan anda dengan kumpulan pengganas Takfiri dan rejim-rejim talibarut kuasa besar dunia dan Zionis, bakal menambahkan kekejaman, fitnah perkauman dan mazhab. Keganasan dan terrorisme ini akan meninggalkan kesan terhadap rejim-rejim di waktu akan datang. Barangsiapa yang bersekutu dengan api fitnah akan bertanggung jawab di hadapan Allah, rakyat dan negara.

Di akhir kalam saya menulis kata-kata ini, dan kita semua rasa kesal apabila sekumpulan ilmuan dalam dunia Islam telah membangkitkan ditnah dan perbalahan sebagai ganti terhadap segala kebimbangan, permasalahan umat Islam dan pendekatan atara mereka.

وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ ولا حول ولا قوة إلا بالله  العلي العظیم
"kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa, tiada daya dan kekuatan melainkan Allah yang Maha Tinggi dan Agung"
 وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ
"orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali."

Muhamad Hasan Akhtari
Setiausaha Agung Majma' Jahani Ahlul Bait