Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Penduduk awam bermazhab Syiah dan askar Syria sekali lagi menjadi mangsa kekejaman apabila pengganas FSA dan Jabha Nusra yang disokong oleh Amerika menyerang perkampungan Nubul, wilayah Khan al-'Asal.
Dalam tragedi kemanusiaan ini 51 orang dilaporkan telah dibunuh.
Menurut berita yang lain pula, kumpulan pengganas Anshar al-Khilafa dikatakan bertanggung jawab melepaskan tembakan langsung terhadap penduduk awam ini.
Menjelang kedatangan pasukan penyiasat senjata kimia PBB, kawasan Khan al-'Asal, kota Halab menyaksikan pertempuran sengit antara askar Syria dengan pengganas FSA dan Jabha Nusra.
Selain itu, agensi berita rasmi Syria SANA melaporkan kumpulan pengganas bertindak membunuh penduduk kampung al-Maqbarah, al-Hasakah kerana enggan menyokong pemberontakan.
Akaun jaringan sosial al-Manarah yang berkait rapat dengan al-Qaeda pula menyiarkan gambar detik-detik askar Syria dibaringkan dan ditembak beramai-ramai.






