Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Yusuf al-Qardawi pada petang tadi muncul di kaca televisyen Qatar dengan fatwa terbarunya yang menyeru umat Islam dan ulama al-Azhar untuk keluar dari rumah. Menurut beliau tidak akan ada nyawa yang melayang kecuali sudah tiba ajalnya.
Tambahnya lagi, "Keluarlah ke jalan-jalan, ianya adalah Fardhu 'Ain ke atas setiap orang Islam, ketika mana para saudara kita terbunuh di tangan askar yang melakukan pembunuhan, Allah tidak akan mengampunkan mereka. Al-Sisi, al-Baradei dan Adli Mansour akan dipertanggung jawabkan terhadap darah yang tertumpah, dan mereka harus digulingkan."
Al-Qardawi turut mengecam pembunuhan penunjuk perasaan di Rabi'atul Adawiya pada hari Rabu lalu.
Tambahnya lagi, "Polis dan penembak curi membunuh ratusan rakyat Mesir dengan kejam sedangkan mereka membiarkan Zionis membunuh anak-anak kita di Sinai.
"Pemimpin revolusi tidak akan kekal kerana mereka tidak legitimasi. Barangsiapa yang membunuh satu insan, seolah-olah dia membunuh seluruh manusia."