21 Ogos 2013 - 19:30
Empat roket jatuh di Utara Israel

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sumber Lubnan melaporkan empat roket yang dilancarkan dari selatan Lubnan jatuh di Utara Israel sebentar tadi.Menurut sumber keselamatan, keempat-empat roket tersebut dari jenis Katyusha berukuran 107 mm itu, sebahagiannya jatuh di kawasan sempadan.Saluran televisyen 2 Israel mengumumkan tiga roket tersebut mengenai kawasan di antara Nahariya dan Kota Akka. Sambil menuduh kumpulan jihad global sebagai dalangnya, media tersebut turut mengesahkan ini bukanlah masa yang tepat untuk Hizbullah memprovokasi Israel.Siren amaran turut dibunyikan selama beberapa minit di kawasan Utara Palestin. Tiada kerosakan atau kematian dilaporkan dalam serangan tersebut.