Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sambil mengkritik pembaca yang tidak mampu berfikir secara kritis, penulis kolum Malaysiakini terus mempertahankan analisa politiknya tentang Syria sebagai bukan konflik Sunni- Syiah, bahkan beliau menegaskan apa yang berlaku di Syria ialah projek kuasa imperial Anglo-Amerika dan Zionis untuk mengawal bumi Arab dengan tujuan mengawal telaga minyak dan gas. Dengan nada menyindir beliau berkata, "Kenapa agaknya perkara sesenang tupai meloncat di dalam belukar ini pun gagal difahami oleh sesetengah pembaca."Tambah beliau lagi, "Jika seseorang memiliki keupayaan berfikir secara kritikal apabila membaca apa yang sedang berlaku di Syria pasti akan timbul pelbagai soalan. Contohnya: Yang bermazhab Syiah di Syria hanya 10 peratus dari 28 juta rakyat. Tentera Syria majoritinya bermazhab Sunni. Jika konflik di Syria ialah konflik Syiah lawan Sunni pasti soldadu Bashar yang bermazhab Sunni telah bangun menibai Bashar. Pasti telah lama Bashar terkubur. Kenapa ramai manusia Melayu tidak memiliki kudrat untuk menimbulkan soalan ini?"Beliau juga mempertikaikan kenapa tidak ada pihak yang menyingkap konflik berdarah di Mesir sebagai Sunni membunuh Sunni, atau kenapa ada Sunni menentang Morsi dan ada Sunni menyokong Morsi?
22 Ogos 2013 - 19:30
News ID: 454733