12 September 2013 - 19:30
Gadis Tunisia mengaku  terpedaya dengan jihad nikah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang gadis Tunisa berusia 20 tahun dalam satu wawancara membuat pengakuan eksklusif bahawa beliau telah terpedaya dengan janji syurga atas nama "Jihad Nikah".Beliau yang memperkenalkan diri sebagai Aisyah berkata, "Seorang wanita berusia 38 tahun telah mempengaruhi mahasiswi di beberapa univerisiti di Tunisia untuk dikirim ke Syria."Wanita ini berjaya memperdayakan puluhan gadis yang di antaranya masih berusia kira-kira 10 tahun," ujar Aisyah.Selain itu wanita tersebut tidak mengizinkan Aisyah mempelajari pelajaran yang bukan daripadanya."Wanita itu berusaha agar mahasiswi-mahasiswi berhenti belajar dan mengangkat bendera Islam di Syria demi untuk mati syahid. Ini disebabkan perkara tersebut lebih baik dari kehidupan sekarang," katanya.Menurut Aisyah, sekurang-kurangnya dua gadis telah dikirim ke Syria untuk bergabung dengan kumpulan-kumpulan militan.Beliau menambah, wanita itu telah ditugaskan untuk menikahkannya dengan salah seorang anggota militan pengganas Syria.Namun perbuatannya memakai niqab dan mengumpulkan keperluan untuk perjalanan telah menyebabkan ayahnya sedar niatnya. Ibunya mengumpulkan seluruh anggota keluarga untuk berusaha supaya beliau memahami bahawa Islam adalah agama pengampun dan penyayang.Aisyah mengaku pada mulanya beliau berkhayal akan masuk syurga bersama beberapa gadis lain yang jumlah mereka seramai 13 orang. Namun dengan bantuan anggota keluarganya beliau akhirnya sedar tentang penipuan tersebut.Surat khabar al-Hayat terbitan London pada bulan Mac lalu melaporkan fatwa "Jihad Nikah" telah menimbulkan kontroversi di negara Tunisia.