13 September 2013 - 19:30
Karbala anjur persidangan pemikiran Takfiri dan ancamannya terhadap umat Islam

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ulama dan para pemimpin masyarakat muslim dari seluruh dunia dijangka akan menghadiri sebuah persidangan di kota Karbala tidak lama lagi. Fokus utama persidangan kali ini ialah betapa pentingnya menolak fitnah dalam ucapan-ucapan agama sambil memberi peringatan terhadap pemikiran golongan Takfiri dan bahaya mereka terhadap negara dan masyarakat Islam.

Antara agenda yang bakal dibahaskan ialah penyebaran ucapan agama secara sederhana, tanggung jawab menolak ekstremisme dan meluaskan semangat Islam yang sebenar.

Dalam satu kenyataan yang disampaikan kepada saluran satelit al-Alam, Setiausaha Agung Penjaga Makam Imam Husain, Syeikh Abdul Hadi al-Karbala'i menegaskan betapa pentingnya menghadapi ancaman asing yang berada di sekeliling umat Islam. Beliau juga menyatakan dunia Islam hari ini menyaksikan berbagai konflik pemikiran, doktrin, kebudayaan dan tradisi yang ditimbulkan oleh barisan anti- Islam.

Para peserta persidangan juga akan didedahkan dengan pemikiran dan doktrin Takfiri yang perlu diperangi, selain menginsafi dengan apa yang terjadi di Syria seperti serangan golongan tersebut terhadap minoriti agama yang berpunca dari hasutan dalam rangka menghuru harakan bahagian rantau ini.

Baru-baru ini Presiden organisasi Jam'iyyatul Wahdah di Lubnan Syeikh Adil al-Turki baru-baru ini memberi amaran dalam satu kenyataannya tentang wabak persengketaan mazhab yang dicetuskan oleh golongan Takfiri di Iraq, Syria dan Lubnan. Beliau menegaskan bahawa pemikiran Takfiri Wahabi hari ini muncul untuk menghancurkan Islam.