Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Salah seorang komandan pasukan Zulfiqar yang syahid ketika bertugas menjaga Haram Sayyidah Zainab akan dibawa ke Iran dan Iraq tidak lama lagi.
Fadhil Shubhi yang terkenal sebagai Abu Hajir gugur syahid apabila terkena tembakan di bahagian dada dan pinggangnya.
Salah seorang komandan pasukan pengawal Haram yang dikenali sebagai Abu Ghadir mengesahkan kesyahidannya dan berkata, "Para pengawal Haram Sayyidah Zainab (a.s) tidak hanya memikul tanggung jawab mempertahankan makam anak Amirul Mukminin (a.s) semata-mata, bahkan mereka turut bertugas di kawasan penduduk Syiah di Syria yang menjadi sasaran serangan pengganas."
Tambah beliau lagi, "Oleh kerana Abu Hajir merupakan seorang yang berani, beliau telah diutuskan ke kota Dar'a, Selatan Syria yang dekat dengan sempadan Jordan selaku komandan pasukan untuk mempertahankan jiwa Syiah di sana."
"Pertempuran sengit meletus di sana," jelas beliau dan berkata, "Malangnya pada tarikh 25 Syahrivar (16 September 2013), Abu Hajir syahid apabila terkena 2 das tembakan di bahagian pinggang dan dadanya.
"Sebaik sahaja beliau rebah ke tanah, teman seperjuangannya Isa Abu Nuh segera datang mengeluarkan jenazahnya dari tembakan rambang pengganas, di mana dia sendiri turut syahid ditembak," terang Abu Ghadir.
"Jenazah Abu Hajir dan Abu Nuh telah dipindahkan ke Haram Sayyidah Zainab, masyarakat dan pasukan pengawal sedang berkabung.
"Jenazah khadam Zainab ini akan dipindahkan ke Iran pada hari Khamis atau Jumaat, setelah itu akan dikirim ke Najaf untuk diarak oleh rakyat negara ini..
"Para pengawal Haram pada hari Ahad telah dikirim ke wilayah Sha'ba untuk membasmi para penembak curi yang membuat kekacauan di perkarangan masuk ke lapangan terbang Damsyik.
"Para pengawal pada hari Sabtu 26 Shahrivar (17 September 2013) telah kembali dari wilayah Zainabiyah yang mana 15 orang daripada pengganas telah ditangkap hidup-hidup, dan senjata mereka dirampas," jelas beliau.
Menurutnya lagi 2 orang gugur syahid dalam operasi tersebut.

As-Syahid Abu Hajir, warganegara Iraq sebelum dikirim ke Syria pernah berkata, "Di sini kami telah menubuhkan brigade Abul Fadhl Abbas dan brigade Zulfiqar yang terdiri dari Syiah Iraq, Syria dan berbagai negara lain.
Tambah beliau lagi, "Ketika para pejuang mula masuk bertempur dalam operasi-operasi bersama askar Syria di kawasan kami, kami berjaya membersihkan beberapa kawasan dari huru hara angkara pemberontak.
"Kumpulan kami memikul tugas untuk menjaga Haram Sayyidah Zainab dan kawasan-kawasan penduduk Syiah sekitar Damsyik," ujar beliau.