19 September 2013 - 19:30
Arab Saudi kirim lebih 1200 banduan ke Syria

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Laman web "Anti-war" mendedahkan bahawa kerajaan Saudi telah mengirim lebih 1200 banduan yang sedang menunggu hukuman mati ke Syria untuk bergabung dengan pengganas di sana.Maklumat yang dibocorkan "Anti-war" tersebut dikatakan berasal dari Kementerian Dalam Negeri di mana seramai 1239 banduan yang dijatuhkan hukuman pancung atas berbagai kesalahan telah diberi pengampunan serta gaji untuk keluarga mereka.Laman web yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu memetik kata-kata pegawai Iraq bahawa, "Arab Saudi hendaklah menghentikan dasar tersebut kerana Russia telah mengancam untuk menyeret isu ini di hadapan PBB."Tambahnya lagi banduan-banduan tersebut dikirim ke Syria untuk berjuang bersama-sama militan dalam menentang tentera Arab Syria.