Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengetua Hawzah Ilmiyah al-Azhar Jargalan, Haji Ghafur Akhund Yazdani dalam wawancara bersama Agensi Berita Taghrib (TNA) berkata, "Aidul Qurban, hari perhambaan dan keikhlasan yang mencerminkan amalan Nabi Ibrahim Khalilullah dan anaknya Ismail (a.s)."Akhun Yazdani menambah, "Para jemaah haji telah mengerjakan banyak amalan ketika pergi ke Mekah. Menjelang Aidul Qurban, telah sempurnalah amalan mereka."Beliau menyatakan bahawa hari raya ini sebagai hari mengorbankan gejolak hawa nafu dan berkata, "Umat Islam dalam manasik haji mengerjakan amalan di hari ke-10 Zulhijjah dengan mengambil tauladan daripada nabi Ibrahim Khalilullah. Mereka memberikan fokus kepada latihan ketaatan dan perintah persaudaraan daripada Allah (s.w.t). Dengan mengorbankan nafsu syaitan diri sendiri untuk ketaatan dan ibadah kepada Tuhan mereka secara ikhlas."Di hari Aidul Qurban, Nabi Ibrahim (a.s) telah mengorbankan seratus unta, lima ratus lembu dan seribu kambing, sejurus setelah itu baginda bersabda kepada kaumnya apa yang terjadi dan baginda juga menjawab persoalan kaumnya dengan berkata: Sekiranya Allah memberi anak kepadaku, pasti akan aku korbankannya di jalanNya."Beliau menambah, "Ketika nabi Ismail (a.s) mencapai usia tujuh tahun, datanglah perintah Allah (s.w.t) agar mengorbankan beliau yang mana baginda tersalah dengar perintah ini dengan berfikir bahawa ini adalah kata-kata syaitan. Ketika baginda faham bahawa perintah ini datang daripada Allah (s.w.t), baginda bersabda kepada Bibi Hajar bahawa siapkanlah puteramu untuk pengorbanan di jalan Allah, pakaikanlah pakaian paling bersih di tubuhnya, ketika upacara pengorbanan, Ismail (a.s) bersabda kepada ayahnya dengan 3 wasiat."Nabi Ismail (a.s) bersabda: Wahai ayahku, ketika upacara korban, ikatlah tangan dan kakiku dengan kemas, janganlah melanggar perintah Allah, janganlah menyembelihku dengan kasih sayang, jangan biarkan anak-anak kecil bermain di samping ibunya kerana setiap kali melihat anak-anak kecil bermain, maka ia akan mengingatkan padaku," cerita beliau.Pengetua madrasah Ahlusunnah ini menambah, "Suku Turkmen Jargalan juga menganggap hari raya ini sebagai hari besar sebagaimana Aidul Nouruz yang menjadi hari besar bagi rakyat Iran. Mereka juga menyambutnya dengan perayaan, bunga, manisan dan saling kunjung-mengunjung."Beliau menceritakan bahawa mengerjakan solat Aidul Qurban juga merupakan salah satu dari adat resam Ahlusunnah wilayah Jargalan dan menambah, "Salah satu adat resam Ahlusunnah Jargalan di hari raya Aidul Qurban ialah mendirikan solat Aidul Qurban secara besar-besaran, orang ramai memakai pakaian baru dan menyertai solat dengan di hari ini dengan pakaian baru, semangat perpaduan dan solidariti."Akhund Yazdani menerangkan, Ahlusunnah di wilayah ini, setelah mengorbankan haiwan empat kaki, dagingnya akan dijadikan masakan Ghurme (masakan Aidul Qurban yang diolah dengan lemak dan daging), dan akan diedarkan kepada mereka yang memerlukan dan golongan miskin sebagai nazar."
17 Oktober 2013 - 20:30
News ID: 473325
Pengetua Hawzah Ilmiyah Ahlusunnah Jurgelan berkata, "Aidul Qurban, merupakan hari perpaduan dan solidariti umat Islam di peringkat global yang mana Nabi Ibrahim (a.s) memohon daripada Allah (s.w.t) agar dijadikan peringatan kepada kaum muslimin sehingga mereka menyahut panggilan Allah di hari ini. Dengan mengorbankan haiwan empat kaki di jalan Allah, mereka dapat menikmati perhatian dan ganjaran daripada Allah (s.w.t) di samping menstabilkan perpaduan dan kesetiakawanan."