Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Mufti Besar Arab Saudi, al-Syeikh merayu para pemuda agar tidak bergabung dengan militan yang sedang berperang dengan kerajaan Syira pimpinan Bashar al-Asad.Menurut surat khabar al-Hayat, mufti tersebut memberi amaran terhadap penghijrahan beramai-ramai rakyat Saudi ke Syria dan berkata, "Ini semua adalah salah, ianya tidak wajib.""Ini adalah kumpulan yang sedang berseteru, dan tidak sepatutnya pergi ke sana, saya tidak mengesyorkan sesiapapun ke sana," kata mufti tersebut.Al-Syeikh turut mengkritik para penceramah yang mendorong golongan muda ke Syria untuk berperang."Umat Islam sepatutnya bertakwa kepada Allah, bukannya memperdayakan golongan muda, mengeksploitasi kelemahan mereka dan menolak mereka ke dalam jurang yang dalam," katanya lagi.Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika negara Arab Saudi mendukung militan asing sejak tercetusnya krisis Syria.Sepanjang pertemuan yang dilangsungkan di ibukota Amman pada bulan September lalu, Riyadh memberikan jaminan untuk membiayai bekalan logistik kepada militan termasuk kumpulan yang berkaitan dengan pengganas al-Qaeda, iaitu Jabha Nusra.PBB melaporkan bahawa empat juta penduduk Syria terpaksa menjadi pelarian pada tahun 2014 nanti berikutan konflik yang masih berterusan.
31 Oktober 2013 - 20:30
News ID: 477263