31 Oktober 2013 - 20:30
Jabha Nusra mengaku kematian dua komadannya + Gambar

Setelah beberapa hari menyembunyikan kematian dua komandannya, akhirnya kumpualan pengganas Jabha Nusra yang berkait rapat dengan jaringan al-Qaeda mengakui fakta tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketika pertempuran sengit antara askar kerajaan dan kumpulan-kumpulan militan terjadi di Timur Laut Syria, media-media pengganas tampil mengesahkan berita kematian dua komandan militan Jabha Nusra setelah beberapa kali menafikannya.Abu Hamzah al-Anshari yang mengepalai sayap al-Fatihun Min Ardi al-Sham, begitu juga Muhammad al-Shathi Abu Hamzah yang  merupakan ketua penting Jabha Nusra terbunuh di al-Rushdiya, kota Deir Rouz.

Kedua-dua ketua pengganas ini mengalami kecederaan yang parah dan sudah berhari-hari pihak pengganas enggan melaporkan nasib mereka. Akhirnya pada hari Khamis lalu laman sesawang pengganas dipenuhi gambar mereka berdua yang dikatakan sudah meninggal dunia.

Jabha Nusra yang sebelum ini menyangkal kematian Abu Muhammad al-Joulani selaku ketua pengganas di daerah Laziqiya. Malah mereka juga turut berjanji akan menyiarkan pesanan rakaman suaranya namun hingga kini belum ada berita yang diumumkan.

Penyebaran berita ini tidak hanya melemahkan semangat para pengganas, bahkan perbalahan antara berbagai kumpulan militan membuatkan pergolakan dalaman menjadi semakin parah. Gara-gara haloba dengan bantuan dana bantuan Arab Saudi dan Qatar beberapa individu cuba mengangkat diri mereka sebagai ketua yang lebih utama dari Joulani.