Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Nuri al-Maliki yang menghadiri pertemuan bersama menteri-menteri Amerika memaklumkan kerjasama antara Washington dan Baghdad dalam memerangi pengganas dan pembangunan Iraq setelah masalah tersebut ditangani.Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar, semalam di Washington. Tambah beliau lagi, "Semua rakyat Iraq terdedah dengan ancaman al-Qaeda, kerana itu kami minta kempen memerangi pengganas dilaksanakan di peringkat global."Perdana Menteri Iraq juga memaklumkan terdapat kebangkitan revolusi di antara negara-negara Arab dalam menentang rejim diktator.Beliau juga menekankan betapa pentingnya persidangan antarabangsa di Iraq bagi memerangi pengganas yang dihadiri masyarakat antarabangsa."Iraq merupakan negara pertama yang berhadapan dengan terrorisme, hingga kini kami masih memerangi pengganas dan membangunkan demokrasi," jelas beliau.Beliau menerangkan bahawa kumpulan pengganas al-Qaeda menganggap darah umat Islam terutamanya Syiah dan Sunni halal ditumpahkan."Dunia hendaklah berazam untuk berhadapan dengan al-Qaeda dan menghalang kekalahan mana-mana negara dalam menghadapi organisasi pengganas, di samping mengambil pendirian soladiriti sesama mereka."Al-Qaeda menggunakan kesempatan yang timbul akibat perselisihan di peringkat global, serantau serta pengalamannya sendiri. Namun kita tetap mencari jalan untuk menghadapi pelampau agama dan puak."Sekiranya kes-kes yang terjadi di Iraq dan Syria tidak ditangani, ia pasti akan menular ke rantau-rantau yang lain," ujar beliau.Di akhir sidang media tersebut, beliau memaklumkan kedatangan beliau ke Amerika juga dalam rangka menandatangani MOU kerjasama strategik dengan Washington dalam menangani masalah tersebut.
31 Oktober 2013 - 20:30
News ID: 477297
Perdana Menteri Iraq dalam sidang akhbar menegaskan gerakan memerangi pengganas hendaklah dilakukan di peringkat global. Beliau turut meminta Washington menandatangani kesefahaman strategik dengan Baghdad dalam menangani masalah tersebut.