Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Walaupun jarak antara tanah Karbala dan benua Eropah terlalu jauh, nama Imam Husain (a.s) yang menjadi ingatan di hati umat Islam telah telah dipromosikan sebagai simbol kebenaran, kehidupan dan kemanusiaan.
Di awal bulan Muharam ini, tulisan berupa "The day Hussain stood for your rights" tertera di beberapa badan kenderaan pengangkutan awam di Manchester.
Kempen memperkenalkan pengorbanan dan perjuangan Imam Husain (a.s) kepada masyarakat awam ini telah dilancarkan oleh sekumpulan pemuda England bersama laman webnya www.the10thday.com .
Selain itu mereka turut menaikkan kain rentang yang menyatakan bahawa nama Imam Husain (a.s) bermakna kegagahan, keberanian, kebebasan dan kemanusiaan.








..................