11 November 2013 - 20:30
Syeikh al-Azhar akan menjawab undangan Syiah pada hari Asyura

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sumber rasmi dari pihak Syeikh al-Azhar menyatakan bahawa Dr. Ahmad Tayyib belum menerima undangan rasmi daripada Syiah Mesir untuk menghadiri malis mengenang pengorbanan Imam Husain (a.s) di hari Asyura.Sumber tersebut menyatakan bahawa Syeikh akan menjawab undangan tersebut sekiranya sudah sampai kepada pihaknya dan menambah bahawa beliau sudah berkerjasama dengan semua mazhab dan agama dengan cara yang sama sejak menjadi Syeikh Al-Azhar. Beliau sekarang akan menghabiskan cutinya di kota Al-Aqshar dan sekiranya sampai undangan Syiah, maka beliau akan menjawabnya segera setelah kembali.Syiah Mesir pada hari Khamis lalu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengundang Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmad Tayyib untuk menghadiri majlis Asyura dan memberikan ucaptama mengenai peristiwa Karbala.