21 November 2013 - 20:30
Maklumat terbaru penyerang kedutaan Iran

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Televisyen Al-Alam mendedahkan salah seorang penyerang kedutaan Iran baru-baru ini bernama Adnan Abu Daher, warganegara Kuwait yang berhijrah ke Syria dan Lubnan dalam rangka menjalankan aktiviti keganasan.Media Lubnan turut melaporkan Abu Daher yang lahir pada tahun 1992, tinggal di kawasan Al-Bustan, di Sidon, bandar ketiga terbesar di Lubnan, dan akrab dengan ketua pengganas Syeikh Salafi Ahmad Al-Assir.Berasaskan maklumat ini, suspek bersembunyi di Saidon setelah beberapa peristiwa terjadi di kota tersebut dan memberitahu keluarganya bahawa dia akan keluar dari Lubnan. Namun setelah gambarnya diedarkan oleh askar Lubnan sebagai penjenayah berbahaya, ayahnya tampil secara sukarela di Kementerian Pertahanan untuk membuat pengakuan tentang suspek.Pihak berkuasa telah mengambil sampel DNA cebisan mayat Abu Dahr dan ayahnya bagi memastikan laporan yang diterima bersesuaian.