Gambar: arkibAgensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pihak berkuasa Arab Saudi berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki dari menjadi mangsa seorang imam masjid yang mempunyai tabiat mencabul di dalam masjid dan kediaman peribadi, di Samer, Utara Jeddah. Dalam operasi yang dijalankan, pihak berkuasa turut merampas sejumlah besar ganja yang dijual kepada penduduk tempatan dengan dengan penampilan berjubah agama.Menurut laman sesawang Sabq, beberapa individu mendapat informasi daripada salah seorang kanak-kanak lelaki yang meminta diselamatkan daripada perbuatan sumbang seorang imam warga negara asing yang bekerja di Utara Jeddah. Menurut informasi tersebut, mangsa telah dicabulnya di dalam masjid dan kediamannya lebih dari satu kali. Perbuatan tersebut berlanjutan sehingga dia berjaya mencari jalan keluar mencari bantuan pihak tertentu.Sumber turut menyebut bahawa serbuan berjaya menemukan sejumlah besar ganja di dalam kediaman dan keretanya yang siap untuk dijual. Selain itu, sumber turut mengesahkan penemuan banyak risalah bagi tujuan mempromosikan ganja kepada pelanggan yang datang ke masjid untuk membelinya.
26 November 2013 - 20:30
News ID: 483992