Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Hizbullah mengumumkan kematian salah seorang pemimpinnya, Haji Hasan Hawlo Lakkis yang dibunuh tangah malam tadi di hadapan rumahnya, Jalan Therese Hadath ketika kembali dari tempat kerja.Menurut laporan yang dikeluarkan media Hizbullah, "Pemimpin tersebut Hasan Lakkis telah menghabiskan usia muda dan seluruh kehidupan sejak muda sehingga saat-saat akhir riwayat hidupnya selaku mujahidin, beliau seorang yang sanggup berkorban apa sahaja, kreatif dan berwibawa. Beliau juga merupakan bapa kepada salah seorang syuhada yang gugur dalam peperangan bulan Julai tahun 2006."
"Secara automatik Israel bertanggung jawab terhadap jenayah kejam ini yang mana Hizbullah telah beberapa kali mematahkan cubaan pembunuhannya di beberapa lokasi berbeza. Musuh hendaklah bertanggung jawab sepenuhnya akibat jenayah kejam yang berulangkali menyasarkan para pemimpin pejuang dan penyokongnya," tambah kenyataan itu.Sementara itu entiti Zionis menolak penglibatannya dalam pembunuhan Lakkis. "Israel tidak ada kaitan dengan insiden ini," kata jurubicara Menteri Luar Israel, Yigal Palmor, pada hari Rabu.
Katanya lagi, tuduhan terhadap Israel merupakan tindakan reflek Hizbullah yang mana parti politik bersenjata itu tidak mahu mengajukan sebarang bukti. "Mereka membuat segala tuduhan terhadap Israel," kata Palmor.
3 Disember 2013 - 20:30
News ID: 485927
Hizbullah umum kematian salah seorang pemimpinnya yang sudah beberapa kali menjadi sasaran bunuh pihak Israel