Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Muhammad Ali Taskhiri berkata, "Saya berharap hubungan antara Republik Islam Iran dan Kesatuan Russia semakin erat dan lebih utuh." Beliau berkata demikian pagi semalam dalam pertemuan bersama Ketua Bahagian Perhubungan Antara Mazhab Gereja Ortodoks Russia, Dmitri Safronov.Tambah beliau lagi, "Hari ini pendirian Russia telah menstabilkan rantau ini; sikap kita bersama Russia adalah satu, kita sama-sama menyatakan bahawa penyelesaian Syria ada pada Syria sendiri."Penasihat Rahbar Republik Islam Iran ini menerangkan bahawa pihaknya mengutuk semua kegiatan terrorisme walau jua keadaan. Katanya, "Malangnya beberapa negara serantau membela terrorisme secara membuta tuli dan mereka lebih cenderung untuk memenuhi rantau ini dengan anarki sedangkan hakikatnya mereka itu sedang berbakti kepada Amerika."Mantan Setiausaha Agung Lembaga Pendekatan Antara Mazhab ini menegaskan, "Amerika sendiri memperkenalkan dirinya sebagai peneraju dalam memerangi pengganas dan ia meletakkan dirinya sebagai hakim serta polis. Dari satu sisi lain, kita melihat Amerika sendiri yang memperkukuhkan gerakan pengganas dan membekalkan senjata."Tambah beliau lagi, "Kita melihat hari ini di Syria, terdapat kira-kira 2000 kumpulan pengganas yang bergerak bebas menjalankan kegiatan di negara ini. Mereka membunuh rakyatnya, masjid dan gereja dirobohkan. Semua kegiatan ini dibawah kelolaan Barat dan Amerika. Mereka mengirim banyak senjata kepada kumpulan-kumpulan pengganas."Ayatullah Taskhiri turut menyatakan harapannya agar persidangan Geneva II mencapai jalan penyelesaian yang sesuai. Tegasnya lagi, "Meskipun kita tidak percaya kepada Barat, mungkin mereka tidak akan membiarkan persidangan ini mencapai kata putus, namun akhirnya mereka terpaksa menyerah pada hakikat sebagaimana dalam rundingan nuklear Iran, mereka terpaksa mengiktiraf hak asasi bangsa Iran."Salah satu objektif kumpulan pengganas ialah mewujudkan perbalahan di kalangan kaum muslimin dan umat Kristian di Timur Tengah, di samping memaksa penghijrahan ramai penganut agama Kristian. Kami harap perdamaian dan semangat kecintaan lama antara umat Islam dan Kristian dapat dikembalikan demi keharmonian masa depan negara-negara serantau." Tutur beliau.Ayatullah Taskhiri turut menyatakan hubungan lama antara ulama Islam dan Kristian Iran - Russia. Kata beliau, "Kita sudah menghampiri ulangtahun ke -20 pembentukan Jawatankuasa Bersama Gereja Ortodoks Moscow dan Ulama Republik Islam Iran; Kesefahaman baik antara kedua-dua pihak telah wujud di mana ia bakal meluaskan gemanya antara kedua-dua negara."Kami juga dapat mengenal dengan lebih banyak tentang gereja gereja Ortodoks, ulama Kristian juga dapat mengenal Islam dengan lebih luas. Topik-topik menarik juga akan dibentangkan samada di Tehran atau di Moscow yang mana kebanyakannya berkisah tentang penelitian ilmiah, termasuklah masalah-masalah kemanusiaan hari ini. Pandangan kita amatlah dekat dan kadangkala bersamaan."Dalam pertemuan ini ketua Bahagian Perhubungan Antara Mazhab Gereja Ortodoks Russia, Dmitri Safronov melahirkan harapan agar hubungan ini semakin bertambah erat.Safronov menegaskan bahawa hubungan bilateral Iran - Russia berasaskan sikap saling mempercayai. Beliau turut menekankan betapa pentingnya solidariti antara umat Islam dan Kristian."Sekiranya kita bersatu, tak ada lagi kuasa yang dapat menghadapi kita dan tak ada yang dapat mengalahkan kita." Ujar beliau.Selain itu, beliau turut menyentuh tentang keganasan dan kefanatikan yang muncul di dalam dunia hari ini sehingga mewajibkan pembanterasannya."Kita semua, umat Islam dan Kristian umumnya hendaklah sama-sama mengambil pendirian dan mengenangkan nasib individu-individu yang terbunuh dalam operasi pengganas." Katanya lagi.
3 Disember 2013 - 20:30
News ID: 485956
Presiden Majlis Tertinggi Lembaga Pendekatan Antara Mazhab Islam mengkritik pendirian negara-negara Barat yang dikepalai Amerika dalam usaha memperluaskan keganasan di rantau tersebut.