6 Disember 2013 - 20:30
Kerajaan berhasrat ambil tindakan terhadap Mohamad bin Sabu

Kementerian Dalam Negeri serah kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk ambil tindakan terhadap Mohamad bin Sabu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, kementeriannya telah menyerahkan kuasa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden Parti Islam Semalaysia Mohamad bin Sabu yang didakwa bermazhab Syiah."Alangkah baiknya PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya untuk menolak pemimpin Syiah yang menjadi salah seorang pemimpin parti itu."Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS."Jangan berselindung, Jamil Khir, KDN (Kementerian Dalam Negeri) beri kuasa, ambil tindakan pada pemimpin PAS (itu)," kata naib presiden Umno itu semasa ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini.Zahid bagaimanapun hanya menyebut "orang nombor dua" PAS tanpa menyebut secara langsung nama pemimpin PAS itu.Mohamad bin Sabu baru-baru ini terpilih sebagai timbalan presiden dalam pemilihan PAS baru-baru ini meskipun berbagai pihak cuba menjatuhkan beliau dengan memperalatkan isu Syiahfobia.Walau bagaimanapun Mohamad enggan mengulas perkara tersebut ketika dihubungi wartawan Malaysiakini.