[bahagian pertama] Analisa syubhat khutbah 92 Nahjul Balaghah[bahagian kedua] Analisa syubhat khutbah 92 Nahjul BalaghahApakah peranan baiʽat dalam pemerintahan Islam?Selain perluasan keadilan, seluruh urusan dan tanggungjawab imam yang telah diterangkan ini adalah berada di dalam pemerintahan 3 orang khalifah ketika mana wujudnya Amirul Mukminin (a.s), namun perluasan keadilan yang dinaungkan kerajaan masih bergantung pada latar belakang dan permintaan rakyat yang mana ia telah diperuntukkan setelah terbunuhnya Uthmān. Oleh kerana penetapan imam itu daripada Allah (s.w.t) dan kewujudan nas Nabi (s.a.w) semata-mata masih kelihatan tidak mencukupi untuk merealisasikan objektif perluasan keadilan. Ini disebabkan Allah (s.w.t) berfirman: إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ ما بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا ما بِأَنْفُسِهِمْ . الرعد/11Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. - Al-Raʽd, ayat 11Dengan sendirinya pemerintah Islam telah dilantik oleh Allah, ketika ia mampu menegakkan pemerintahan yang diterima masyarakat, dan latar belakang kerajaan telah diperuntukkan sebagaimana Rasulullah tidak membentuk kerajaan sewaktu baginda berada di Makkah, namun ketika datang ke Madinah, baginda bertindak membentuk kerajaan dalam keadaan sudah ada kesediaan orang ramai dan peruntukan bagi perluasan keadilan.Oleh itu, imam yang dilantik daripada Allah tetaplah imam samada orang ramai mahu atau tidak mahu, samada syarat-syarat pembentukan kerajaan sudah tersedia atau tidak.Ali (a.s) dalam Nahjul Balāghah dan kitab-kitab lainnya berkata dengan terus terang menganggap dirinya di atas kebenaran manakala orang lain pula tidak layak untuk keimamahan. Sebagai contoh, dalam khutbah kedua Nahjul Balāghah beliau berkata:لَا يُقَاسُ بِآلِ مُحَمَّدٍ (صلىاللهعليه و اله) مِنْ هَذِهِ الْأُمَّةِ أَحَدٌ وَ لَا يُسَوَّى بِهِمْ مَنْ جَرَتْ نِعْمَتُهُمْ عَلَيْهِ أَبَداً هُمْ أَسَاسُ الدِّينِ وَ عِمَادُ الْيَقِينِ إِلَيْهِمْ يَفِيءُ الْغَالِي وَ بِهِمْ يُلحَق التَّالِي وَ لَهُمْ خَصَائِصُ حَقِّ الْوِلَايَةِ وَ فِيهِمُ الْوَصِيَّةُ وَ الْوِرَاثَةُ.الْآنَ إِذْ رَجَعَ الْحَقُّ إِلَى أَهْلِهِ وَ نُقِلَ إِلَى مُنْتَقَلِهِ.نهج البلاغه صبحي صالح ص 47 قسمتي ازخطبه دوم.Sesiapapun di kalangan umat ini tidak dapat dibandingkan dengan keluarga Muhammad (s.a.w), mereka tidak dapat disamakan dengan orang yang dilimpahkan nikmat selama-lamanya, mereka adalah tonggak agama, dan tiang keyakinan, hendaklah orang yang melampaui batas kembali kepada mereka, dan orang yang ketinggalan perlu menyusul bergabung dengan mereka, mereka mempunyai ciri-ciri hak kepimpinan, keistimewaaan pada mereka ialah wasiat dan warisan. Sekarang hak kembali kepada pemiliknya dan berpindah kembali ke tempatnya. - Nahjul Balāghah Subḥi Ṣāliḥ, muka surat 47, bahagian khutbah kedua.Oleh kerana Khutbah ini terlalu berterus terang tentang keabsahan Amirul Mukminin (a.s), Ibnu Abil Hadid Al-Muʽtazilī tidak mampu memungkirinya dan beliau hanya berdaya menjustifikasikan kelayakan Ali bagi jawatan khalifah sebagai sebuah kelebihan, bukan dari perspektif nas:ثم ذكر عليه السلام أن الحق رجع الآن إلى أهله ، وهذا يقتضي أن يكون فيما قبل في غير أهله ، ونحن نتأول ذلك على غير ما تذكره الإمامية ، ونقول : إنه عليه السلام كان أولى بالأمر وأحق ، لا على وجه النص ، بل على وجه الأفضلية ، فإنه أفضل البشر بعد رسول الله، وأحق بالخلافة من جميع المسلمين ، لكنه ترك حقه لما علمه من المصلحة ، وما تفرس فيه هو والمسلمون من اضطراب الإسلام ، وانتشار الكلمة ، لحسد العرب له ، وضغنهم عليه . وجائز لمن كان أولى بشيء فتركه ثم استرجعه أن يقول : قد رجع الأمر إلى أهله .إبن أبيالحديد المدائني المعتزلي، ابوحامد عز الدين بن هبة الله بن محمد بن محمد (متوفاي655 هـ)، شرح نهج البلاغة، ج1 ص89 ـ90، تحقيق محمد عبد الكريم النمري، ناشر: دار الكتب العلمية - بيروت / لبنان، الطبعة: الأولى، 1418هـ - 1998م.Kemudian Ali (a.s) menyebut bahawa sekarang hak telah kembali kepada pemiliknya, ini kewajaran kata-kata ini ialah hak sebelumnya telah berada pada bukan pemiliknya. Kami menakwilkan demikian itu bukan seperti yang disebut oleh Syiah Imāmiyah, kami katakan: Sesungguhnya Ali (a.s) merupakan orang yang lebih utama dalam urusan kekhalifahan dan lebih berhak, bukannya dari segi nas, bahkan dari perspektif keutamaan. Sesungguhnya beliau merupakan manusia yang lebih utama setelah Rasulullah (s.a.w) dan lebih berhak untuk menjawat kekhalifahan daripada seluruh umat Islam. Namun Ali (a.s) meninggalkan haknya apabila beliau mengetahui kemaslahatannya, dan jangkaan beliau serta umat Islam tentang kekacauan yang bakal timbul dalam Islam, dan tersebarnya propaganda akibat iri hati dan dendam bangsa Arab terhadap beliau. Untuk itu beliau pun mengizinkan orang lain yang lebih utama dan meninggalkannya. Kemudian mengambil kembalinya dan berkata: Urusan kekhalifahan kembali kepada orangnya. - Ibnu Abil Hadīd Al-Madā’inī al-Mu’tazilī, Abu Ḥāmid ʽIzzuddin bin Hibbatullah bin Muhammad bin Muhammad (Meninggal dunia tahun 655 Hijrah), Syarh Nahjul Balāghah, jilid 1 muka surat 89-90, Taḥqīq Muḥammad ʽAbdul Karīm Al-Nimrī, penerbit Dār al-Kutub al-ʽIlmiyah, Beirut, Lubnan, cetakan peratama 1418 Hijrah - 1998 Masihi.Analisa syubhat Khutbah 92:Antara syubhat yang ditimbulkan terhadap khutba ini ialah:Pertama: Pada awalnya, Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s) tidak menerima kekhalifahan.Kedua: Percanggahan perbuatan menolak pemerintahan tertakluk kepada syarat ayat:وَ ما كانَ لِمُؤْمِنٍ وَ لا مُؤْمِنَةٍ إِذا قَضَى اللَّهُ وَ رَسُولُهُ أَمْراً أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ ُ مِن أَمْرِهِمْ . الاحزاب/36.Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. - Al-Aḥzāb, ayat 36.Ketiga: Mengapakah Ali (a.s) tidak menerima kekhalifahan menurut syarat yang dikemukakan?Keempat: Apakah perbuatan tidak menerima kekhalifahan yang dilakukan Amirul Mukminin (a.s) merupakan percubaan melarikan diri dari tanggungjawab?Syubhat pertama: Ali bin Abi Talib menolak kuasa pemerintahan di awal kekhalifahan.Salah satu dari syubhat asasi yang ditimbulkan oleh golongan Wahhabi terhadap khutbah ini ialah mengapakah Ali a.s secara zahirnya menahan diri dari menerima kekhalifahan di awalnya? Sedangkan kamu menganggap imāmah merupakan urusan yang telah menjadi ketentuan manakala tidak menerimanya tergolong sebagai penderhakaan terhadap perintah Allah (s.w.t)?Jawapan:1. Perkembangan korupsi sepanjang pemerintahan lalu merupakan sebab penolakan jawatan khalifahSebenarnya kata-kata Ali bin Abi Talib a.s merupakan sindiran terhadap mereka yang telah pergi kepada tiga khalifah sebelumnya sebelum datang kepada beliau!Hakikatnya Ali a.s menyatakan: Kalian sebelum ini telah pergi kepada tiga khalifah, sekarang pun pergilah kepada orang lain! Bagaimana mungkin kekhalifahan Islam menjadi remeh dan agama dibiarkan pada tempatnya dengan tidak datang kepada aku, namun sekarang baru kalian tampil kepadaku dan menuntut kekhalifahan!Sekiranya orang yang membawa syubhat ini membaca korupsi di zaman ketiga-tiga khalifah, sudah tentu mereka tidak akan menimbulkannya dan tahu bahawa penolakan kekhalifahan di hari tersebut bukan bermakna beliau tidak memiliki imāmah. Bahkan ianya disebabkan keseluruhan situasi dalaman kerajaan Islam benar-benar berubah sementara kapasiti dan kesediaan untuk menerima cara dan keadilan Ali bin Abi Talib a.s telah lenyap sebagaimana yang terdapat dalam teks khutbah selanjutnya:فانا مستقبلون امراً له وجوه و ألوان.Sesungguhnya kita sedang menghadapi urusan yang mempunyai berbagai wajah dan warna.Beliau mengucapkan demikian ketika masyarakat Islam menghadapi berbagai krisis; perubahan ketara dalam negara sewaktu pemerintahan Uthman telah wujud dan umat telah menghadapi kesulitan yang benar-benar menyusahkan. Oleh itu Ali bin Abi Talib berkata:Sesungguhnya kita sedang menghadapi urusan yang mempunyai berbagai wajah dan warna… Ketahuilah apabila aku menyahut kamu, aku akan memimpin kamu sebagaimana yang aku tahu, aku tidak peduli tentang apa yang dikatakan orang atau yang ditegur pemberi peringatan. Sekiranya kamu meninggalkan aku, maka aku seperti salah seorang daripada kamu. - Nahjul Balaghah Ṣubḥī, jilid 1 muka surat 136Imam Ali a.s mengetahui dengan baik bahawa umat Islam terpisah dari garisan Islam yang sebenar di zaman khulafa. Perubahan yang amat dahsyat terjadi ketika Uthman berkuasa di mana khalifah ini sesuka hati melantik jawatan kerajaan Islam kepada kroni, manakala di zamannya juga terjadi kemuncak ketidak adilan dalam pembahagian harta baitul mal. Orang ramai sudah dibiasakan dengan penyelewengan ini dan sekiranya ada yang bersungguh-sungguh cuba menghidupkan sunnah Nabi (s.a.w) pasti akan menghadapi penentangan keras. Peristiwa berikutnya (Nākithīn, Qāsiṭīn dan Māriqīn) cukup membuktikan kebenaran sikap Imam Ali a.s. Oleh itu sebaik sahaja orang ramai ingin memberi bai’at, beliau memberikan peringatan tentang bahayanya:“Tinggalkan aku, pergilah kepada orang lain. Sesungguhnya kita sedang menghadapi urusan yang mempunyai berbagai wajah dan warna.”Latar sejarah di waktu Imam Ali a.s memberikan ucapan itu menyedarkan kita bahawa ramai para sahabat dan tabiʽin yang ingin memberikan bai’at itu terlibat dalam kes pembunuhan Uthman. Mereka ini berusaha menjadikan baiʽat tersebut sama seperti pembaiʽatan terhadap khalifah-khalifah sebelum itu. Khalifah dalam posisi ini mengambil legitimasi kekhalifahannya daripada pembaiʽatan orang ramai, melainkan imāmah Ilahi yang disabitkan dengan penjelasan Nabi (s.a.w) dalam beberapa peristiwa (seperti Yawm al-Dār, Ghadīr Khum dan lain-lain lagi). Ini disebabkan pemberi baiʽat dalam situasi itu hanya berfikir untuk mengangkat khalifah tanpa memerhatikan kepada imāmah Ali bin Abi Talib yang telah dinaskan. Dalam keadaan ini Amirul Mukminin mengenepikan dahulu pembai’atan atau mahu melihat ianya dilakukan secara sukarela.Setelah pemerintahan 3 khalifah tersebut, masyarakat belum bersedia menerima cara pemerintahan Islam sebagaimana yang telah dipimpin oleh Rasulullah s.a.w di Madinah.Sekalipun ada di antara hadis-hadis ini (meskipun bersumber daripada Nabi s.a.w dan Ahlul Bait a.s) ada yang bersifat muḥkam (kukuh) dan kabur, katakanlah beberapa beberapa ucapan Ali bin Abi Talib a.s seakan-akan seperti syubhat yang dicetuskan, namun apakah kata mereka terhadap pertentangan antara kata-kata para khulafa dan sahabat (Ahlusunnah menganggap mereka ini tersangat adil)? Bagaimana cara mereka menangani masalah perselisihan antara sahabat nabi?Banyak sekali khutbah dalam Nahjul Balaghah yang menunjukkan Imam Ali a.s berterus terang bahawa imāmah adalah hak dirinya. Adalah lebih baik ditunjukkan di sini beberapa khutbah tersebut (sebelum ini beberapa contohnya telah ditunjukkan): 1. Dalam Khutbah Shiqshiqiyyah, Imam Ali bin Abi Talib (a.s) berkata:أَمَا وَاللَّهِ لَقَدْ تَقَمَّصَهَا فُلَانٌ وَإِنَّهُ لَيَعْلَمُ أَنَّ مَحَلِّي مِنْهَا مَحَلُّ الْقُطْبِ مِنَ الرَّحَى يَنْحَدِرُ عَنِّي السَّيْلُ وَلَا يَرْقَى إِلَيَّ الطَّيْر...»نهج البلاغه صبحي صالح، ص 48، خطبه3Ketahuilah, demi Allah si fulan membusanai dirinya dengan (kekhalifahan) itu, padahal ia pasti tahu bahwa kedudukanku sehubungan dengan itu adalah sama dengan kedudukan pusaran pada pengisar. Air bah mengalir (menjauh) dari saya dan burung tak dapat terbang sampai kepada aku. - Nahjul Balāghah Ṣubḥī Ṣālih, muka surat 48 khutbah 3.2. Khutbah 144:إِنَّ الْأَئِمَّةَ مِنْ قُرَيْشٍ غُرِسُوا فِي هَذَا الْبَطْنِ مِنْ هَاشِم لَا تَصْلُحُ عَلَى سِوَا وَ لَا تَصْلُحُ الْوُلَاةُ مِنْ غَيْرِهِمْ.نهج البلاغه صبحي صالح، ص 201، خطبه144.Sesungguhnya para imam daripada kaum Quraish berada di dalam batin keluarga Bani Hashim, dan kedudukan ini yang tidak sesuai untuk selain Bani Hashim, dan kepimpinan ini tidak sesuai juga untuk orang selain mereka. - Nahjul Balaghah, Ṣubḥī Ṣālih, muka surat 201, khutbah 144.3. Surat ke- 36...فدَعْ عَنْكَ قُرَيْشاً وَ تَرْكَاضَهُمْ فِي الضَّلَالِ وَ تَجْوَالَهُمْ فِي الشِّقَاقِ وَ جِمَاحَهُمْ فِي التِّيهِ فَإِنَّهُمْ قَدْ أَجْمَعُوا عَلَى حَرْبِي كَإِجْمَاعِهِمْ عَلَى حَرْبِ رَسُولِ اللَّهِ (صلى الله عليه و آله) قَبْلِي فَجَزَتْ قُرَيْشاً عَنِّي الْجَوَازِي فَقَدْ قَطَعُوا رَحِمِي وَ سَلَبُونِي سُلْطَانَ ابْنِ أُمِّي...نهج البلاغه صبحي صالح، ص 409، نامه 36.Tinggalkan orang Quraish itu ter
13 Januari 2014 - 20:30
News ID: 497003