Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Persidangan Antarabangsa Perpaduan Islam ke-27 yang dilangsungkan selama beberapa hari di Tehran beakhir pada malam Ahad lalu dengan pembacaan resolusi bagi menyatakan ijma' ulama Islam yang berasal lebih dari 50 negara.
Resolusi tersebut lebih menekankan kesedaran terhadap ancaman gerakan Takfiri (Wahabi) yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan umat.
Para peserta persidangan turut bersetuju bahawa Islam merupakan agama yang mengajar toleransi dan perpaduan sesama penganutnya. Selain itu penganjuran perpaduan seperti ini adalah langkah yang berkesan dalam menggerakkan umat dalam semua bidang.
Mereka turut membidas pencerohan dan keganasan rejim Zionis dalam kawasan penduduk Palestin. Kenyataan turut menyatakan rasa kesal mereka terhadap pemusnahan sistematik masjid al-Aqsa dan rumah-rumah penduduk Palestin.
Selain itu, resolusi juga mengecam sebarang bentuk keganasan yang hakikatnya telah diperalatkan oleh kuasa besar dunia dengan berpura-pura memperjuangkan demokrasi.
Selain itu, demi mengekalkan perpaduan para peserta turut menekankan betapa pentingnya memupuk perasaan saling menghormati antara penganut agama Islam dari mazhab lain. Selain itu sensitiviti simbol-simbol dan tempat-tempat suci Islam perlu dijaga.
20 Januari 2014 - 20:30
News ID: 498832
Para ulama sepakat menyedarkan umat Islam terhadap ancaman bahaya Takfiri yang menjadi kuasa besar dunia.