Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Lebih dari 65 ribu penduduk melarikan diri dari kota Falujah dan Ramadi sejak akhir minggu lalu. Sejak krisis pengganas tercetus pada tahun 2013, jumlah pelarian meningkat kepada 140 ribu orang.Kumpulan pelampau bersenjata yang mempunyai hubungan dengan pengganas al-Qaeda dan dibiayai beberapa negara Arab telah menyebabkan Utara Iraq bertukar menjadi medan pertempuran.Berasaskan laporan Pejabat Pelarian PBB, jumlah keseluruhan pelarian akibat konflik pengganas di dalam negara Iraq ialah sejuta tiga ratus ribu orang. Penduduk wilayah Anbar juga dilaporkan terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing berikutan kekurangan bekalan makanan.Menurut jurucakap PBB, kebanyakan pelarian terpaksa berlindung di sekolah, masjid dan hospital.Tambahnya lagi, "PBB berkemampuan menyalurkan bantuan berupa tempat tidur sementara, selimut, makanan dan peralatan kebersihan kepada mereka yang memerlukan. Pada hari Jumaat lalu 2400 paket bantuan telah disalurkan."Jurucakap tersebut menegaskan pertempuran yang meningkat menjadi sebab para pelarian amat memerlukan bantuan makanan dan perubatan.Pejabat PBB di Iraq meminta kerajaan Iraq membantu memudahkan penyaluran bantuan kepada para pelarian. Pada minggu lalu pengeboman beberapa jambatan telah menghalang lori-lori bantuan masuk ke wilayah Anbar.Laporan itu menambah, "Ribuan pelarian telah memasuki kota Baghdad, Arbil, Karbala, Salahuddin dan Nainawa yang mena kebanyakan mereka tidak mempunyai wang dan pakaian. Kebanyakan kanak-kanak tidak dapat belajar dan situasi kesihatan mereka tidak menentu.
24 Januari 2014 - 20:30
News ID: 499908
Lebih dari 65 ribu penduduk terpaksa melarikan diri dari kota Falujah dan Ramadi yang terletak di wilayah Anbar.