Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Menurut bekas mufti Australia, Tajuddin Al-Hilali, umat Islam sekarang diancam bahaya kemusnahan yang besar. Kata beliau, "Senjata Takfiri lebih bahaya dari segala senjata pembunuhan masyarakat."Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Taghrib News ketika persidangan perpaduan Islam ke-27 baru-baru ini.Mengenai tindakan umat manusia di seluruh dunia untuk menghapuskan senjata pemusnah melalui PBB dan Majlis Keselamatan, beliau mengulas, "Menurut saya, Takfiri lebih bahaya dari senjata pembunuh besar-besaran. Ini disebabkan Takfiri telah dihiasi dengan program-program berkesefahaman dengan istilah-istilah Islam. Para pemuda telah menjadi sasasan sehingga mereka menerima bahawa jalan ini menuju kepada Tuhan dan lebih dekat kepadaNya."Beliau turut menerangkan bahawa umat Islam secara diam-diam diancam pemikiran syaitan Takfiri yang mana mereka tidak mempunyai belas kasihan sedikitpun terhadap setiap umat Islam dan tidak juga menerima mana-mana mazhab."Al-Azhar al-Sharif dan para ulama dunia Islam yang lain yang terdiri dari Syiah dan Sunni telah mengambil pendirian terhadap perkara ini. Namun kumpulan ini masih terus menyimpang." Ujar beliau.Sasaran pertama mereka ialah permakaman para wali dan orang yang soleh. Kedua ialah ulama al-Azhar, Syiah dan golongan Sufi yang mereka anggap kafir."Sebahagian pengeboman datang dari Takfiri, iaitu mereka melakukan pengeboman di kalangan kita kerana bagi mereka kita adalah kafir."
25 Januari 2014 - 20:30
News ID: 500414
Mantan mufti Australia, Tajuddin Al-Hilali menegaskan, "Pemikiran dungu Takfiri telah menghamparkan latar untuk pendominasian dan memperluaskan kehendak rejim Zionis."