Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syeikh al-Azhar Dr. Ahmad Tayyib dalam pertemuan bersama bekas Duta Besar Amerika ke Damsyik, Theodore H. Kattouf menegaskan tentang kepentingan dialog bagi mendekatkan bangsa-bangsa."Hubungan tamadun merupakan sebuah kemestian sejarah, tidak ada seorangpun yang boleh hidup tanpa mempunyai hubungan dengan orang lain", tutur beliau.Dalam pertemuan tersebut kedua-dua pihak berbincang tentang kerjasama antara yayasan yang diterajui Kattouf dengan Universiti al-Azhar sambil bertukar pandangan tentang pendidikan insan.Kattouf juga berharap Al-Azhar dapat menjadi pemangkin bagi mendekatkan bangsa-bangsa dan menyeru persaudaraan dalam dunia Islam berasaskan logik dan kebijaksanaan.
6 Februari 2014 - 20:30
News ID: 503895