8 Februari 2014 - 20:30
5 negara Islam sah bekerjasama dengan Mossad

Badan Perisikan Israel, Mossad mengeluarkan senarai negara-negara Islam dalam rangka bekerjasama dalam bidang pertahanan dan bertukar maklumat.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Laman sesawang rasmi tentera Israel semalam mengeluarkan senarai 5 negara Arab yang boleh diajak untuk bekerjasama dalam berbagai bidang seperti pertahanan dan keselamatan.Bersaskan laporan ini, Mossad telahpun menjalinkan kerjasama dengan Arab Saudi, Bahrain, UAE, Afghanistan dan Republik Azerbaijan dalam pertukaran maklumat dan pengalaman dalam berbagai bidang.Kebanyakan kerjasama yang telah dilakukan Israel dan Bahrain ialah meneliti proses kebangkitan serantau dan mengawasi kegiatan Iran. Selain itu Arab Saudi juga dikatakan telah banyak memberikan kerjasama dalam membekalkan maklumat tentang tenaga nuklear Republik Islam Iran kepada rejim Zionis.