Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Parti Al-Wefaq mengumumkan kematian seorang wanita bernama Asma Husain, berusia 52 tahun dari perkampungan Jid Alhaj.Asma Husain jatuh pengsan ketika polis rejim memekul sesiapa sahaja yang berada di rumah beliau. Insiden berlaku pada pukul 2 pagi setelah polis menyerang dan merosakkan rumah jiran tetangganya dalam operasi menangkap anak lelaki Asma.Polis rejim juga enggan menunaikan permintaan anak Asma untuk memberikan bantuan ibunya. Walaupun penduduk tempatan bertindak pantas menghubungi ambulan, pasukan perubatan tiba setelah Asma menghembuskan nafas terakhir.Menurut Al-Wefaq, pasukan keselamatan rejim sepatutnya menjalankan tanggung jawabnya melindungi dan menjaga keamanan rakyat, bukannya bertindak ganas menyerang penduduk kampung.Asma bukanlah mangsa pertama yang terbunuh akibat kekejaman polis rejim, pada bulan April 2011, seorang lagi wanita bernama Aziza Khamis maut dalam serbuan polis ke rumahnya. Selain itu Abdul Ghani Rayyi turut meninggal dunia akibat mengalami kemurungan dan tekanan emosi apabila pemerintah tempatan menolak permintaan melawat anaknya di penjara. 
11 Februari 2014 - 20:30
News ID: 505490
Asma Husain pengsan setelah dipukul pasukan polis rejim Bahrain yang menyerbu rumahnya dalam operasi menangkap anak beliau.