16 Februari 2014 - 20:30
Kami akan menang dalam memerangi pengganas

Sayid Hasan Nasrulah mengesahkan kemenangan dalam memerangi pengganas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Setiausaha Agung Hizbullah, muncul di kaca televisyen pada hari Ahad lalu sempena ulangtahun kesyahidan para pemimpinnya dengan ucapan mengenai perkembangan terkini di rantau tersebut terutama sekali ancaman dan komplot Israel.

Sayid Hasan Nasrullah membahagikan ucapannya kepada tiga bahagian, iaitu mengenai Israel dan amcamannya terhadap Lubnan, tahap konfrontasi Hizbullah sekarang dan cabaran perjuangan dari berbagai aspek.

Setelah memberikan penghargaan kepada para pemimpin, syuhada, pejuang yang terkorban dan oang awam yang terbunuh dalam serangan bom baru-baru ini, beliau mengulas, "Kita sudah sampai ke peringkat orang tidak sanggup menangani masalah Palestin dan musuh... inilah apa yang dicari oleh Amerika."

Sayid Nasrullah berkata, "Pentadbiran Amerika bersama Zionis sudah lama cuba menamatkan riwayat masalah Palestin, dan menganggap ini adalah waktu terbaik untuk itu, kerana dunia Arab dan Islam hari ini tidak bersedia, dan setiap negara dijajah oleh masalahnya sendiri."

Sayid Nasrullah mengingatkan bahawa Lubnan sedang diancam oleh musuh secara terus menerus dari segi ekonomi, politik dan ketenteraan. "Fokus kita ialahg mempertahankan Lubnan, kegemilangan dan keupayaannya, janganlah biarkan ia pasrah pada nasibnnya."

Mengenai perlawanan terhadap Israel, beliau mengingatkan bahawa, "Sekiranya kita tidak melawan, Israel akan berada di Lubnan.. Israel masih menjadi musuh dan ancaman yang perlu kita waspadai.. Beberapa minggu lalu, Israel telah mengambil kesempatan untuk melakukan kekerasan terhadap Moqawama (perlawanan) dan latare belakangnya.. matanya masih memerhatikan tanahair dan minyak kita, ia masih melihat Hizbullah sebagai bahaya paling besar di rantau ini."

Tambah beliau lagi, "Israel tidak dapat membuatkan kita gentar, dan ia tidak memberikan kesan terhadap moral kita, dan dia perlu tahu Moqawama sentiasa bersedia di peringkat paling tinggi bila-bila masapun.

"Kita muncul dengan wilayah yang berkemampuan dan mempunyai tentera yang kuat yang menjadi satu-satunya kuasa yang membela Lubnan." Ujar beliau.

Ancaman Takfiri.

Hasan Nasrullah menekankan ancaman kedua setelah Israel ialah pengganas Takfiri. Kata beliau, "Takfirisme bukanlah ancaman selagi ianya masih kekal dengan mentalitinya sendiri. Namun masalahnya ialah mereka menolak sesiapa sahaja yang tidak setuju dengan ideologi, politik atau mental mereka.

"Ancaman Takfiri di seluruh rantau hari ini ialah dalam bentuk kumpulan militan yang mempunyai pemikiran tanpa logik akal walaupun dalam hal ehal beragama Islam, walaupun terpaksa menentang mazhab-mazhab lain termasuklahh Sunni yang tidak sependapat dengan mereka." Kata beliau sambil mengulas tentang pertempuran terkini dengan militan Da'ash dan Jabha Nusra yang mana 2000 anggota dari kedua-dua kumpulan itu sudah terbunuh dan berpuluh-puluh orang militan tersebut telah menjalankan kegiatan bom bunuh diri. 

"Kedua-dua kumpulan itu mempunyai ideologi yang sama, cuma berselisih dari segi politik, namun mereka mengizinkan pembunuhan sesama sendiri."  

"Apa yang militan ini lakukan terhadap rakyat Algeria?.. mari kita perhatikan terhadap pengalaman Afghanistan. Puak Afghan memerangi tentera Soviet yang paling handal. Ketika soviet berundur sekumpulan Takfiri masuk berperang sesama mereka dan yang mati lebih ramai dari pembunuhan yang dilakukan Soviet...
"

Tegas beliau lagi, "Lubnan menjadi sasaran kumpulan Takfiri dan menjadi sebahagian dari projek mereka. Prioriti mereka ialah mara ke Lubnan setelah selesai di Syria, sebab itu mereka cuba mengambil strategi menguasai sempadan Lubnan dan Syria. Inilah ideologi mereka, sejak Amerika dan Israel berhubung kait dengan kumpulan-kumpulan ini, maka sasaran mereka terhadap Lubnan menjadi pasti kerana Lubnan menjadi simbol Moqawama, iaitu di dalamnya terdapat ancaman paling besar terhadap Israel."

Tambah beliau lagi, "Terdapat perbahasan di Lubnan tentang pengeboman dan serangan bunuh diri. Ada yang berkata ianya tidak sepatutnya terjadi sekiranya Hizbullah tidak terlibat dalam isu Syria. Mereka akan menganut ideologi tersebut secara berterusan walaupun kita menjadi rakan sekutu dalam kerajaan."

Sayid Nasrullah mengaju pertanyaan, "Sebelum pergi ke isu Syria, tidakkah Lubnan menjadi saksi terhadap peperangan yang melanda kawasan Kristian akibat pengaruh dari Utara dan beberapa kem pelarian, dan tidakkah mereka menjadikan kawasan Kristian dan lokasi tentera sebagai sasaran 
bom kereta? Semua itu terjadi sebelum bermulanya insiden di Syria."

Beliau mengingatkan, "Maklumat terbaru yang telah kita dedahkan ialah kebanyakan negara yang menyumbang dana dan kelengkapan kepada militan asing yang masuk ke Syria mula menyatakan kebimbangan terhadap ancaman keselamatan daripada kejayaan individu-individu tersebut di Syria." Katra beliau sambil merujuk kepada beberapa kekhuatiran beberapa negara yang menghalang rakyatnya dari menyusup ke Syria. Beliau turut memberikan contoh negara-negara tersebut iaitu Tunisia dan Arab Saudi.