21 Februari 2014 - 06:35
Rakyat tidak gentar dengan 'pilihan di atas meja'

Khatib Jumaat Tehran menyentuh tentang permintaan agar Iran tidak membantu Syria dengan menyatakan, "Hingga kini belum tiba saat kita memutuskan hubungan dengan Hizbullah dan alangkah celaka sekiranya itu yang terjadi pada suatu hari nanti."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Jannati dalam khutbah Jumaat di Univeristi Tehran berkata, "Kita ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perarakan 22 Bahman (ulangtahun revolusi Islam). Sekiranya pihak musuh tidak merasakan malu, melaksanakan aktiviti-aktiviti keji mereka, mengungkapkan kata-kata jahat, maka rakyat kita akan menanganinya dengan patriotik, dan memaklumkannya dengan kehadiran di lapangan sambil menolak kehinaan.

"Rakyat kita tidak menerima kehinaan, kehadiran rakyat (dalam perarakan 22 Bahman) konsisten dalam peratusan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya, semoga Allah memberikan kegagahan yang lebih kepada kamu semua.

"Kehadiran rakyat menunjukkan mereka tidak takut dengan 'pilihan atas meja' Amerika, dan pesanan rakyat ialah kita amat tertarik dengan 'pilihan atas meja', ini adalah senyuman sindiran kepada Amerika," tegas beliau.
 

Ayatullah  Jannati menegaskan bahawa pilihan atas meja yang pertama bagi rakyat Iran ialah slogan "Mampus Amerika".

"Mampus Amerika, slogan bagi seluruh rakyat dan slogan-slogan perpaduan rakyat, meskipun terdapat perselisihan dalaman dalam menghadapi Amerika. Ini menunjukkan perselisihan dalaman tidaklah menyebabkan perpaduan dilupakan begitu sahaja.

"Pembelaan terhadap rakyat Palestin merupakan pilihan kita yang lain di atas meja, begitu juga tidak gentar terhadap musuh dan kematian. Inilah pesanan lain rakyat kita kepada pihak berwajib.

"Pihak berwajib berharap mereka dapat menangani masalah-masalah supaya mereka mampu mencegah inflasi, disamping meminta semua orang dapat hadir dalam setiap lapangan demi melawan Amerika, bukannya rakyat pergi ke suatu arah sedangkan pihak berwajib mempunyai haluan lain," ujar beliau.

Khatib tersebut menyentuh tentang beberapa saluran televisyen haram yang cuba menjalin hubungan dengan Amerika dengan berkata, "Saya tidak tahu apa yang mereka ini makan dari periuk Amerika sehingga menjalinkan hubungan dengan Amerika, namun mereka tahu rakyat tidak menerima orang Amerika, oleh itu kerja kamu ini tidak sah dan tidak akan mencapai matlamatnya."

Mengenai individu tersebut, Ayatullah Jannati berkata, "Ketahuilah, dalam mesyuarat rahsia kamu menyampaikan mesej dan menerima mesej, supaya rakyat menolaknya, namun ini tidak akan berhasil dan rakyat juga berada di belakang pemimpin tertinggi."

Dalam bahagian khutbah yang lain, beliau mengulas tentang masalah nuklear dengan menyatakan, "Apa yang kita harap daripada pasukan rundingan ialah mereka dapat berbicara tentang kemuliaan dan kekuasaan. Janganlah berfikir kita ini lemah, sebaliknya merekalah yang lemah dan kita tidak bukanlah ingin menunjuk kuasa."

Sambil mengingatkan pesanan Ayatullah Khomeini bahawa Amerika adalah syaitan besar, beliau berkata, "Amerika merupakan syaitan kelmarin dan hari ini, dari satu sisi mereka menyampaikan pesanan agar kita bebaskan tahanan politik yang jelas menunjukkan Amerika sedang mempertahankan mereka ini."

Beliau turut mengulas tentang serangan pengganas di Lubnan dengan menegaskan, "Hizbullah akan menangani mereka."

Di akhir khutbah kedua, Ayatullah Jannati meminta rakyat berjimat cermat dalam penggunaan air dan mengucapkan selamat menyambut tahun baru Iran.