Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang Syiah Mesir ditangkap ketika memasuki Masjid Imam Husain (a.s) di hari memperingati peristiwa Asyura pada 14 November 2013 telah dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun atas tuduhan penistaan dan fitnah agama.Selain itu tertuduh yang dikenali sebagai Amr Abdallah telah dijatuhi hukuman atas alasan menghina sahabat Nabi (s.a.w) dan melanggar undang-undang Artikel 98. Pertubuhan Egyptian Initiative for Personal Rights (EIPR) mendesak penilaian semula undang-undang yang boleh diperalatkan bagi menghukum rakyat atas alasan kepercayaan agama.Masyarakat Syiah berkabung dan memperingati hari Asyura dengan memakai baju hitam dan memukul dada. Pada tahun 2012 golongan Syiah cuba memasuki Masjid Imam Husain untuk memperingati hari Asyura dan berkabung atas kesyahidan cucu Rasulullah (s.a.w). Namun hanya beberapa orang daripada mereka sahaja yang dibenarkan memasuki masjid tersebut. Pada tahun 2013 setelah dua hari hari peringatan tersebut, menteri Mesir Mohamed Mokhtar Gomaa berkata, pihak kerajaan menolak sebarang sambutan dari golongan Syiah di dalam masjid.Sambil mengecam hukuman yang dikenakan ke atas Abdallah, EIPR turut menuntut pembubaran serta merta undang-undang anti Syiah.Kenyataan yang dikeluarkan pertubuhan tersebut turut menyatakan, "Penerusan pendakwaan terhadap minoriti terutamanya Syiah hanya berasaskan artikel yang cacat, di mana kesannya membawa kepada pendakwaan terhadap rakyat semata-mata kerana kepercayaan mereka. Ini semua melanggar hak kebebasan beragama, kepercayaan dan pendapat."NGO turut memberi amaran tentang peringatan dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kes fitnah sejak 3 tahun sebelum ini. Soal siasat dan pertuduhan penistaan agama telah meningkat sejak tahun 2011. Ini digambarkan sebagai kes ancaman secara langsug terhadap kebebasan beragama.Menurut pertubuhan itu lagi, orang awam juga terjebak dalam kezaliman dan hukuman hanya semata-mata kerana mengungkapkan kepercayaan mereka.Pada bulan September 2013, EIPR telah berjaya mengesan 63 kes penistaan agama sejak awal tahun 2011 yang melibatkan 42 defendan untuk diseret ke muka pengadilan. 27 orang telah diputuskan bersalah, manakala 11 orang pula dibebaskan akibat kekurangan asas, sementara perbicaraan seorang lagi masih ditangguh.Seorang penulis bernama Karam Saber mencabar hukuman penjara 5 tahun yang dikenakan terhadapnya atas tuduhan penistaan agama yang berasaskan tulisan pendeknya.Pada tahun 2012, blogger bernama Alber Saber dihukum tiga tahun penjara atas tuduhan memfitnah umat Islam dan menghina agama Kristian setelah pendakwaraya menuduhnya mencipta akuan Facebook yang menghina tuhan menurut ajaran Kristian dan Kristian. Alber yang mengamalkan ajaran Atheis secara terbuka telah diikat jamin dan berjaya keluar dari Mesir.
1 Mac 2014 - 20:30
News ID: 510571