2 Mac 2014 - 20:30
Demonstrasi ratusan ribu Zionis

Ratusan ribu Zionis sertai tunjuk perasaan membantah tindakan rejim Israel yang memaksa pelajar agama menyertai tentera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ratusan ribu penduduk mengadakan tunjuk perasaan di al-Quds bagi membantah kabinet rejim Zionis yang bertindak memaksa pelajar menjadi tentera.

Pemimpin ultra-ortodoks menggesa penduduk awam menghadiri bantahan terhadap undang-undang baru yang memansuhkan pengecualian pengambilan tentera baru di kalangan para pelajar sekolah agama.

Isu ini menjadi perdebatan secara emosi di peringkat nasional. Kebanyakan warga Israel dipaksa memberikan perkhidmatan ketenteraan setelah berusia 18 tahun, namun kebanyakan ultra-ortodoks atau Haredim, sebuah istilah Ibrani yang bermaksud 'orang yang gementar di hadapan Allah', adalah orang yang dikecualikan daripada perkhidmatan tentera.

Polis berkata, beratus-ratus ribu mengambil bahagian dalam upacara berdoa. Media Israel menganggarkan antara 250,000 sehingga 400,000 penduduk hadir dalam demonstrasi itu.

Demonstrasi ultra-ortodoks menyebabkan sebahagian dari lalulintas di al-Quds termasuk di pintu masuk utama ke kota dan jalan-jalan pengangkutan awam menjadi lumpuh dengan kebanjiran lelaki bertopi dan kot hitam, yang merupakan pakaian tradisional Haredi.

Para rabbi Yahudi melaungkan doa dengan pembesar suara ketika orang ramai bergerak ke arah belakang, sambil mengulangi permohonan kepada tuhan agar undang-undang itu tidak diluluskan.

"Kami mahu menunjukkan bahawa kami ini bersatu, dan kami mahu menghentikan sesuatu yang buruk yang cuba memaksa kami. Ketenteraan bukanlah jalan hidup kami. Ini tidak dikendalikan para rabbi kami," kata Mordechai Seltzer yang berusia 18 tahun.

Menurut ajaran Haredim, pembelajaran kitab-kitab suci adalah asas kehidupan Yahudi yang mana para ulama mempunyai hak untuk menumpukan sepenuh masa dalam tradisi sementara perkhidmatan ketenteraan akan menafikan mereka dalam memenuhi fatwa agama.

Jenayah terhadap ajaran Taurat

"Undang-undang (baru) menetapkan bahawa seseorang yang mempelajari Taurat akan mengakhiri kegiatan jenayah. Adakah kita benar-benar akan membolehkan jenayah dalam mempelajari Taurat?" kata Guy 43.

Seorang pelajar agama 17 tahun yang datang dari Amerika berkata. "Kita ini ramai, mereka tidak dapat memerangi kita. Kita tidak bimbang, Kita tidak mahu memerangi mereka, tetapi kita tidak akan melakukan apa yang mereka inginkan," katanya.

Haredim membentuk kira-kira 10 peratus dari 8 juta populasi Israel. Mereka adalah kumpulan sosial yang berkembang pesat. Kebanyakan lelaki Haredim menganggur dan hidup mereka disara oleh kerajaan, derma dan selalunya isteri mereka mempunyai gaji bulanan yang rendah.

Ultra-ortodoks sering menjadi bahan kritikan ramai penduduk Israel yang menuduh mereka membebankan ekonomi negara.

...................