Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pasukan polis Mesir berjaya menangkap dalang utama dalam tragedi pembunuhan Allamah Syeikh Hasan Shehata di malam nisfu Sya'ban tahun lalu.
Berasaskan akhbar Yawm al-Saabi', Hamdi Muhammad Barik al-Jal'awi, berusia 42 tahun, bermastautin di Jalan Sa'd Zaghlul, wilayah Abu al-Munris, kota Giza berjaya diberkas pada hari Rabu lalu sebelum berangkat ke Libya.
Hamdi sebelum ini seorang usahawan yang aktif dalam syarikat perdagangan di kota Marsi Mathruh.
Kolonel Ahmad Abu 'Aqil dalam kenyataan beliau berkata pihak polis dengan kerjasama agensi keselamatan berjaya menahan individu ini sebelum meninggalkan Mesir. Menurut beliau, "Berdasarkan laporan-laporan yang sampai ke Jabatan Siasatan Jenayah, dia merupakan salah seorang dalang utama dalam kes pembunuhan Syeikh Hasan Shehata bersama empat orang yang lain. Penjenayah ini juga pernah berhasrat melarikan diri dari Mesir melalui padang pasir.
Golongan Takfiri dan Wahabi Mesir pada tahun lalu telah bertindak membunuh dengan kejam Syeikh Hasan Shehata, 55 tahun, adiknya Muhammad Shehata 35 tahun dan dua orang pengikut Ahlul Bait yang lain.
Tidak cukup dengan pembunuhan tersebut, penjenayah Takfiri bertindak menghina dan menyeret jenazah beliau di lorong-lorong.
Tragedi yang menyayat hati ini telah tersebar dalam bentuk video dan gambar di dalam internet. Syeikh Hasan Shehata lahir pada tahun 1946 dalam keluarga bermazhab Hanafi di wilayah al-Sharqiyah dan masuk Syiah pada tahun 1996 ketika berusia 30 tahun. Beliau juga berjaya mendapat master dalam bidang Ulum al-Qur'an di Institut Al-Qira'at.


Hamdi Muhammad Barik al-Jal'awi,salah seorang dalang utama kes pembunuhan Syeikh Hasan Shehata.

Syeikh Hasan Shehata, mangsa pembunuhan golongan Takfiri dan Wahabi Mesir.



