Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Nuri Hamdani dalam mukadimah pengajian Dars al-Kharij, Masjid A'zham, Qom pagi kelmarin menyentuh tentang kekejaman rejim Bahrain terhadap rakyatnya dengan menyatakan, "Al Khalifah sedang memainkan peranan Zionisme dan Amerika".
Mengulas mengenai pembuangan negara wakil Ayatullah Sistani dari Bahrain, beliau berkata, "Para Marja' agama tidak mempunyai had sehingga mereka boleh melakukan tindakan seperti ini".
Selain itu pembakaran manusia yang dilakukan oleh ejen rejim dianggap beliau sebagai kelemahan sistem pentadbiran Al Khalifah dan kejatuhan rejim tersebut.
Ayatullah Nuri Hamdani bertegas, "Marja' taqlid menunaikan tanggung jawabnya dalam mempertahankan rakyat Bahrain yang tertindas.
Katanya lagi, dalam sejarah para ulama sentiasa mempertahankan orang yang dizalimi. Tambah beliau, "Pihak kerajaan Bahrain tahu bahawa ulama Syiah sentiasa membela rakyat negara ini dan tidak akan sekali-kali meninggalkan mereka".
Sambil mengecam tindakan Al Khalifah, beliau berkata, "Umat Islam, Syiah revolusi Iran dan Syiah di seluruh dunia tidak akan membiarkan rakyat Bahrain bersendirian".
Dalam kekejaman terbaru rejim Bahrain, dua orang pemuda telah dibakar dalam sebuah kenderaan dan wakil Ayatullah Sistani dibuang negara ke Lubnan.