27 April 2014 - 06:08
Kira-kira 400 pengganas menyerah diri

Lebih 350 militan menyerah diri kepada askar Syria di Zabadani dan kawasan-kawasan lain berhampiran Damsyik setelah perjanjian damai di Lubnan telah ditandatangani. Dalam masa yang sama askar kerajaan meneruskan operasi ketenteraan di Maliha, di mana sebuah terowong militan Jaysh Islam berjaya dimusnahkan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Askar Syria terus meluaskan keamanan di kawasan Ramouseh Aleppo di mana sejumlah anggota pengganas berjaya yang menduduki beberapa bangunan berjaya diusir. Kejayaan ini dikatakan sebagai sebuah pencapaian yang amat menakjubkan setelah pertempuran sengit berlangsung selama seminggu. Selain itu tempat-tempat penting dan strategik berjaya diamankan oleh unit-unit askar Syria bagi menjamin keselamatan lebih dua juta penduduk Aleppo.

Beberapa jam yang lalu, 250 militan dari Zabadani bertindak menyerah diri setelah 100 militan dari al-Sarghaya dan beberapa orang yang lain dari perkampungan Ain al-Hur melakukan tindakan yang sama.

Menurut sumber tempatan, askar Syria memberi tempoh kepada pengganas yang aktif kawasan Zabadani, berhampiran dengan Lubnan untuk menyerah diri serta senjata mereka sebelum operasi ketenteraan secara besar-besaran akan berlangsung di kawasan terbabit.

Menurut penganalisa politik Bahith Ibrahim, "Perdamaian telah berjaya dilakukan di beberapa kawasan di Damsyik termasuklah Zabadani". Menurut beliau lagi, sekiranya militan mempunyai sedikit fikiran waras, mereka pasti akan menyerah diri dari menjadi mayat.

Selain itu, artileri Syria menghujani sarang pengganas Jaysh Islam di perkampungan Hathithah al-Jarsh dan Zabadin di Timur Gouta. Askar kerajaan juga berjaya memusnahkan terowong dan gudang senjata militan di Maliha. Sementara itu pertempuran sengit masih berlangsung di beberapa kawasan penting.

Di Daraa pula, pihak militan menyatakan bahawa mereka akan menguasai kawasan tersebut terutamanya gunung Jabiya di samping mengumumkan kejayaan mereka membunuh lebih dari 50 pengganas Jabha Nusra dan Harakat Ahrar al-Sham. Pertempuran yang sengit juga masih berlangsung di sana.