Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Komander Fadhil Jamil Al-Barwari menafikan khabar angin bahawa tangan beliau telah dipotong dan terlantar di Hospital Kurdistan.
Menurut berita yang tersebar kelmarin, beliau dilaporkan mendapat kecederaan parah setelah diserang kumpulan pengganas Da'ash sehingga tangan kirinya terpaksa dipotong.

Beliau yang berasal dari keturunan Kurd Iraq mengumumkan bahawa dirinya tidak mengalimi kecederaan dalam pertempuran di kota Ramadi dan sedang beristirehat di rumahnya.
Sambil menafikan beliau terlantar di hospital, al-Barawi menegaskan khabar angin tersebut sengaja disebarkan oleh individu yang memusuhi Iraq.
Beliau juga menegaskan operasi bersepadu memburu pengganas di Anbar akan disambung setelah pilihanraya berlangsung.
Batalion Emas terlibat dalam beberapa operasi di Fallujah. Setelah mencapai kemenangan, pasukan ini turut menyertai operasi membebaskan Samarra dan Haram Imam Askari (a.s) dari cengkaman pengganas.
Fadhil al-Barawi ditabal menjadi ketua pasukan Batalion Emas dan bertanggung jawab dalam mengembalikan keamanan Mousul, Bashrah, Najaf dalam tahun 2007 dan 2008 sejak pengganas melancarkan huru hara yang bermula dari Anbar.

Al-Barawi sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila memberi amaran kepada Riyadh bahawa beliau akan solat di permakaman Baqi' sekiranya Arab Saudi berniat menyerang Iraq.
Dalam pesanan al-Barawi di laman sosial Facebook, beliau bersumpah akan solat di permakaman Baqi' andainya askar Saudi memasuki ke bumi Iraq walau sejengkal.