30 April 2014 - 02:05

Salah seorang marja' taqlid Syiah berkata mereka yang menganjurkan pembunuhan insan sebenarnya tidak mahu pesanan Islam dapat didengar oleh semua pihak. Namun penerimaan orang ramai terhadap Islam terutamanya dengan kebangkitan Imam Khomeini telah menyebabkan gelombangnya semakin bertambah besar dan hari ini, dengan rahmat Allah, Universiti Antarabangsa Al-Mustafa sedang mengorak langkah untuk mempunyai pelajar lebih dari 100 negara.

 

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah al-Uzma Jawadi Amuli dalam pengajian Dars Kharij Tafsirnya berkata, "Hari ini hanya beberapa orang nabi telah mengatur dunia dengan kewujudan 7 juta umat manusia.

"Semua insan, raja dan fakir miskin telah dilupakan setelah sejarah berlalu, tidakkah para nabi yang menjadi jalan untuk mereka sampai kepada Allah masih dikenang?" jelas beliau.

Katanya lagi, "Ini bukanlah bermakna bahawa orang Barat adalah jahat, hari ini terdapat ramai orang yang termasuk sebagai insan yang baik di Barat di negara-negara itu. Tetapi terdapat segelintir golongan yang memerintah mereka secara zalim. Terdapat pula sedikit golongan yang tidak mahu pesanan Islam kedengaran, namun sambutan orang ramai terhadap Islam terutamanya dengan kebangkitan Imam Khomeini telah menyebabkan gelombang ini semakin besar, dan hari ini juga dengan rahmat Allah, Universiti Antarabangsa Al-Mustafa telah mempunyai pelajar lebih dari seratus negara sedang mengorak langkah ke arah ini".

Tegas beliau lagi, "Hari ini jalan tidak terbuka, sekiranya jalan terbuka pasti mereka cenderung ke arah Islam, dan mereka tahusekiranya jalan ini terbuka, dalam masa yang singkat, pasti Islam menjadi agama pertama di kalangan manusia.

"Manusia berada di antara dua sempadan dalam memahami al-Quran, iaitu samada hendak mengingkarinya dan mendustakannya atau membenarkannya. Namun kedua-dua ini dilaksanakan dengan perkakasan akal".

Mengenai mereka yang menemui hidayah setelah membuat penyelidikan, Ayatullah Jawadi Amuli berkata, "Zaman kehidupan para penyelidik telah terbuka untuk kemajuan dan peningkatan prestasi; Insan sempurna akan meningkat dengan hidayah.

"Hanya hamba Allah yang tulus ikhlas akan dapat mencari firman Allah di samping menceritakan sifat-sifatNya. Kenyataan ini juga terdapat dalam kata-kata para imam maksum".

Tambah beliau lagi, "Dalam Ziyarah Jami'ah, kita memohon kepada Allah supaya dapat mengetahui sifatNya; Ini bukanlah ilmu yang diajar di dalam hawzah atau universiti. Bahkan ianya sebuah ilmy yang dianugerahkan oleh Allah.. Ketika kita menziarahi para imam maksum (a.s), hendaklah berdoa supaya kita dianugerahkan sebuah ilmu mengenal Allah."