4 Mei 2014 - 15:43
Pengganas Salafi latih pengebom bunuh diri

Ketua Polis Negara beri amaran terhadap kumpulan militan agar tidak melatih golongan muda menjadi pengebom bunuh diri demi keselamatan negara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada pengganas yang mencari anggota baru agar tidak merekrut golongan muda menjadi pengebom bunuh diri.

Tegas beliau lagi, sekiranya mereka berhasrat ingin berperang di sesebuah negara bergolak, mereka tidak sepatutnya merancang atau melatih anak-anak muda dalam kegiatan militan, menurut laporan Utusan Malaysia hari ini.

"Jika kamu mahu pergi ke sana (negara bergolak), jangan rancang atau merekrut anak-anak muda untuk ?berjihad? atau menjadi pengebom berani mati. Jika mahu korbankan nyawa...jangan ancam keselamatan rakyat Malaysia.

"Golongan muda pula jangan mudah terpengaruh dengan gerakan militan sebegini," katanya ketika ditemui pemberita.

Menurut Khalid lagi, kumpulan militan tempatan yang ditangkap baru-baru ini dipercayai tidak hanya melakukan keganasan di negara bergolak, malah turut terlibat dalam gerakan yang sama di negara jiran.

Dedah beliau lagi, hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini membongkar kegiatan militan mereka di Selatan Filipina.

Selain itu, siasatan terhadap seluruh aspek keselamatan akan dilakukan dan sesiapa sahaja yang menjurus ke arah militan akan diambil tindakan.

"Keutamaan kami adalah perkara-perkara yang boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara dan kita akan siasat serta ambil tindakan terhadap sesiapa yang menjurus ke arah itu," katanya.

"Jika kamu mahu pergi ke sana (negara bergolak), jangan rancang atau merekrut anak-anak muda untuk ?berjihad? atau menjadi pengebom berani mati. Jika mahu korbankan nyawa...jangan ancam keselamatan rakyat Malaysia.

"Golongan muda pula jangan mudah terpengaruh dengan gerakan militan sebegini," ujarnya.